Sunday, April 12, 2009

PENTINGNYA INSURANS

  1. Manusia sejagat terpaksa berdepan dengan akibat sesuatu kecelakaan. Kecelakaan @ kemalangan boleh timbul dengan berbagai cara dan kesemuanya akan menyebabkan berlakunya sesuatu kerugian.
  • Sebagai contoh, seorang pencari nafkah tunggal untuk sesebuah keluarga menemui kemalangan lalu meninggal dunia. Tanggungan yang ditinggalkannya akan mengalami 2 bentuk kehilangan yang ketara iaitu EMOSIONAL dan KEWANGAN.

Beberapa bentuk risiko @ PERIL

  1. kapal karam di laut
  2. kebakaran merebak mengakibatkan kerosakan harta benda
  3. kehilangan pendapatan disebabkan hilang upaya @ kematian yang tidak diduga

Fungsi Insurans

  • Fungsi Primer : "Pengagihan kerugian kewangan secara saksama kepada segelintir mereka yang di insuranskan dikalangan sekumpulan besar insured.
  • Fungsi Sekunder : Penstabilan Kos, menhilangkan perasaan takut dan bimbang, mengurangkan kerugian, kaedah simpanan, sumber modal bagi pelaburan, membuka peluang pekerjaan bagi orang ramai.