Saturday, December 29, 2012

air selusuh....


DOA AIR SELUSUH 

Air Selusuh memang dikenali dikalangan masyarakat wanita melayu apabila tiba saat-saat hampir untuk melahirkan anak. Air yang didoakan itu boleh dibacakan sendiri oleh suami ataupun pengamal pengubatan Islam yang dikenali. Dengan berkat bacaan doa serta ikhtiar maka hanya kepada Allah jua agar para isteri yang akan melahirkan zuriat agar dipermudahkan urusan kelahiran si anak kecil yang bakal menjadi mujahid serta mujahidah pada masa akan datang.
Amalan Air Selusuh atau Minyak Selusuh ini memang tiada riwayatnya didalam al-Quran mahupun hadith. Setiap amalan yang bukan merupakan 'ibadat' atau diluar skop ibadat hukumnya adalah MUBAH (Harus). Jika dilihat dari segi kandungan amalan tersebut seperti do'a agar kelahirannya insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah dengan bacaan2 yang tidak bercanggah dengan syara'; seperti TIDAK melakukan tawassul kepada Fatimah, 'Aisyah, Maryam dsb, HANYA memohon kepada Allah swt semata-mata dengan Asma' wa Sifatnya, dan tidak mempunyai kepercayaan2 tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan.


DOA YANG DIBACA

1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’






3. Al-Hasyr : 21-24





4. Doa Selusuh


Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".


5. Doa Pemudah

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".


BAHAN-BAHAN

1. Air (jika air zam-zam lagi baik)

KAEDAH AMALAN...

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.

Wednesday, November 14, 2012

Pubic/Pelvic Pain Semasa Hamil



dah hampir sebulan lebih kot bahagian pubic/pelvic saya sakit...sakit tu sgt2 terasa bila nak bgn dari duduk & bila tido...mlm2 kalau nk bangun buang air je, mesti sakit giler nak bgn dari katil...bukan rasa ngilu spt mana kata nurse tu tetapi ianya adalah "sakit" {kadang2, orang tanya, u ni saket kpale @ pening kpale ?}ha, macam tu la lebih kurang bezanya...so, bagi tajuk ni, soalan nye, awak sakit @ ngilu ? jawapan saya = sakit......, hanya Allah je la yg tahu...ada jugak terfikir "eh, ke nk bsalin dah ke aku nih ? agak cuak juga sebab mase memula saket tu baru nk masuk 6 bulan. tapi bile tanye2 pd org yg dh  sgt byk pglmn mengandung, semuanya ckp normal je rasa sakit camtu bila dh masuk 3rd trimester...

so aku pon google la utk dapatkn maklumat sebab masih ade rase ketidakpuasan hati...pubic/pelvic pain ni jugak dikenali sebagai pubic symphysis diastasis (SPD)...dia terjadi disebabkan oleh kelonggaran ligamen pada pelvik/sendi di kawasan kemaluan...puncanya adalah disebabkn oleh hormon relaxin yg melembutkan sendi2 tersebut...secara umum, SPD ni sebenarnya memudahkan proses utk bersalin nanti...

kalau org kita cakap, kepala baby tu dh ke bawah & menekan bahagian pelvik...

antara simptom2 SPD:
(1) sakit belakang, sakit pinggul
(2) rasa ngilu di kawasan kemaluan
(3) sakit peha/kaki terutama bila berjalan, turun naik tangga atau bergerak atas katil
(4) sakit yg teruk pada waktu malam

cara mengurangkan kesakitan:
(1) bykkn berseman (senaman yg sesuai utk ibu mengandung)
(2) sewaktu duduk, pastikan kedua2 kaki rapat & tidak tergantung (kaki kena lurus pijak lantai)
(3) elakkan berdiri terlalu lama

kemudian, ade plak tjumpa maklumat @ kmen @ info dpd sorang Dr iaitu Dr Zubaidi Hj Ahmad yang mengatakan bahawa simptom yang aku alami ni adelah " braxton hicks contraction"

Wasiat Hassan al-Banna




Renungi wasiat Hassan al-Banna untuk mula tahun baru




  • Segeralah tunaikan solat pada awal waktu iaitu kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq.

    Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran di mulakan dengan menyebut solat pada awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat di medan perang walaupun pada saat genting dan cemas.

  • Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangkan mengisi masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.

    Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir! Di sini ada ketenteraman, kedamaian dan keselamatan. Jadilah hamba yang sejahtera.

  • Dorong diri untuk menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Ayuh! Apa tunggu lagi bukalah ruang walaupun seminit!

  • Usahlah bertarung idea tanpa adabnya. Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan, syaitan namanya!

  • Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum. Baginda ketawa kena pada tempatnya. Bagaimanapun berpada-pada saja wahai kawan, Plato juga berharap supaya pementasan hiburan yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa dan lawak bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing.

    Begitu juga pendapat Aristotle, supaya belia ditegah daripada menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, agar tidak menular keburukan dalam diri!

  • Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

  • Kawal nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakiti hati orang lain pula. Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya.

    Itulah katanya suara keldai! Surah al-Isra’ memberi tip kepada kita. Jangan keraskan suaramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

  • Usahlah mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah lain! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.

    Sukakah anda makan daging? Pasti anda suka! Tapi sukakah anda makan daging kawan anda yang sudah mati? Sekali-kali tidak! Begitulah dosa orang yang mengumpat.

    Bertaubatlah jika anda mengumpat tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi, untuk menghapuskan kemungkaran atau kerana memberi amaran kepada Muslim lain mengenai kejahatan dan mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

  • Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekali pun mereka tidak diminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat.

    Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa, lapisan dan darjat datang berkunjung. Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

  • Maksimumkan faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda. Bersegeralah, kerana dalam sabda Nabi yang bermaksud: “Bertindak segeralah melakukan amal...” (Diulang 7 kali..). Sayangilah masa saudaramu, hormatilah waktu mereka, usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya.
  • Tuesday, September 18, 2012

    RAGAM DAN KESAN HAMIL..





    • PITAM
    Sebilangan ibu-ibu yang hamil selalu menghadapi tekanan darah rendah. Ketahuilah bahawa ini adalah punca biasa pening dan pitam sewaktu hamil sahaja. Pada kebiasaannya keadaan ini akan berlaku jika anda berdiri terlalu lama di mana darah anada akan mudah terkumpul di kaki dan sabahagiannya juga terdapat pengurangan darah di kepala.
    Jika anda pening, adalah dinasihatkan agar anda duduk secara perlahan-lahan, tundukkan kepala anda supaya darah boleh mengalir terus ke otak semula.
    Sekiranya anda masih berasa agak keletihan juga, muka pula kelihatan pucat dan sukar bernafas, anda mungkin mengalami anemia. Perkara yang wajar anda lakukan adalah segera berjumpa dengan doktor anda untuk melakukan pemeriksaan darah untuk anda. Pada amnya doktor akan membekalkan anda sejenis pil zat besi kepada anda jika perlu. Disamping itu juga anda adalah digalakkan memakan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, balkoni untuk mengurangkan masalah ini.
    • CIRIT- BIRIT
    Ini lazimnya, jangkitan viral atau keracunan makanan yang biasa tidak akan menjejaskan anda dan janin. Adalah disarankan agar anda minum air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi dan segerlah mendapatkan rawatan doktor untuk mengenal pasti punca jangkitan tersebut.
    Ketahuilah bahawa jika cirit-birit yang anda alami itu amat teruk dan disertai dengan muntah-muntah ini adalah petunjuk bahawa jangkitan yang lebig serius akan berlaku seperti keracunan salmonella atau listeriosis. Untuk pengetahuan umum jangkitan ini lebih kerap berlaku di negara bara Dilaporkan ia boleh menyebabkan kelahiran pra matang.
    Bagi mengelakkan ibu-ibu yang sedang hamil mengalami masalah seperti ini anda perlulah mengelakkan diri dari memakan atau memasak telur mentah atau separuh masak. Bukan itu sahaja malahan dengan daging ayam mentah atau separuh masak serta susu yang tidak dipastur juga perlu dielakkan.
    • KERAP BUANG AIR KECIL
    Ini adalah perkara biasa di awal dan akhir kehamilan.
    Ketahuilah bahawa jika anda rasa panas ketika membuang air kecil, suhu badan meningkat, sakit abdomen atau air kencing berbau dan kelihatan keruh, ia mungkin petanda jangkitan air kencing (UTI). Jika tidak dirawat sebaik-baiknya, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang.
    • SAKIT KAKI
    Bagi ibu-ibu yang hamil kekejangan kaki adalah perkara biasa. Biasanya ia akan berlaku pada waktu malam. Bagi saranan Suri, anda adalah dinasihatkan agar memakai sarung kaki yang tebal dan lakukanlah sedikit senaman regangan di kedua-dua belah kaki anda sebelum tidur.
    Ketahuilah bahawa sekiranya sebelah kaki anda kelihatan merah dan bengkak atau sakit ketika berdiri, berjalan ia mungkin deep vein thrombosis (DVT) iaitu darah mula membeku di urat kaki anda. Ianya memerlukan rawatan dengan segera!
    • SAKIT BELAKANG
    Sakit di bahagian bawah belakang juga adalag perkara biasa kerana postur terbeban dengan peningkatan berat badan yang makin meningkat.
    Ketahuilah bahawa sakit ini seperti dicucuk dan ada kalanya juga anda akan merasa panas di bahagian bawah belakang hungga ke kaki adalah sciatica. Ini berkemungkinan anda adaslah wajar memerlukan bantuan pakar fisioterapi bagi mengatasi masalah seperti ini.
    • KONTRAKSI
    Ia mungkin Braxton Hicks. Anda mungkin mengalaminya seawal minggu ke-28. Jika bayi kedua dan seterusnya, Braxton Hicks akan dirasai lebih awal daripada tempoh ini.
    Ketahuilah bahawa jika kehamilan anda kurang daripada minggu ke-37 dan kontraksi adalah kerap atau anda mengalami show (lelehan mukus yang kadangkala disertai dengan darah), ketuban pecah dan sakit belakang, ia menjuruskan kepada kelahiran pra matang. Jika selepas minggu ke-37, itu petanda awal bersalin.
    • SAKIT @ MENGAH  KETIKA BERJALAN
    Ini mungkin disebabkan kesakitan ligamen.
    Ketahuilah jika ia semakin teruk ketika anda menaiki tangga, ia mungkin symphysis pubis disfunction (SPD) yang disebabkan oleh sendi publik yang melebar di hadapan pelvis.
    • SUKAR BERNAFAS
    Keperluan oksigen bagi seseorang ibu yang hamil akan mula meningkat. Ini disebabkan hormon kehamilan telah menyebabkan ibu yang hamil sukar bernafas apabila mereka kurang menyedut udara yang segar.
    Ketahiulah bahawa jika anda sukar berbafas ketika berehat, ia mungkin petanda anemia.
    Sekiranya ia disertai dengan sakit dada, berdebar-debar, batuk atau pening, anda mungkin mengalami penyakit paru-paru, penyakit jantung atau darah beku di paru-paru.
    Namun keadaan seperti ini jarang berlaku. Oleh itu anda jaganlah panik, dan dapatkanlah pemeriksaan doktor untuk mendapatkan kepastian.
    • PERUT GATAL
    Perut gatal adalah perkara yang normal kerana kulit anda meregang.
    Ketahuilah jika anda kerap gatal sehingga memberi kesan kepada tangan dan kaki, ia mungkin obstetric cholestasis (ibu selalunya kuning / jaundis). Pada peringkat ini doktor akan menjalankan pemeriksaan ujian darah keatas anda. Jika hasilnya positif, anda akan diindius supaya bayi dilahirkan.
    • NAFAS BERBAU
    Penyebab biasa ialah jangkitan gusi yang dikaitkan dengan kelahiran pra matang.
    Ketahuilah bahawa jika gusi anda sakit dan berpotensi untuk berdarah ketika menggosok gigi, anda adalah dinasihatkan agar segera berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan yang lanjut.
    • SAKIT PERUT
    Penyebab utama sakit perut adalah kesan daripada ligamen yang telah menyokong rahim anda. Kesakitan ligamen ini pada kebiasaannya berupa kekejangan yang kuat di bahagian kanan dan kiri perut.
    Ketahuilah bahawa jika keadaan anda waktu itu teruk dan berterusan, anda adalah dinasihatkan agar segera berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sama ada ia UTI, kehamilan luar rahim, pendarahan di belakang plasenta (selepas minggu ke-24), ovarian cyst atau apendiks.
    • SAKIT TANGAN
    Pada trimester ketiga, air yang bertakung akan mula memberikan kesan kepada otot saraf daripada bahagian lengan hadapan sehingga ke tangan. Masalah ini dikenali sebagai carpal tunnel syndrome. Di mana anda mungkin rasa seperti dicucuk, kebas atau lemah tangan. Ia tidak serius dan akan hilang selepas kelahiran kelak.
    Ketahuilah jika simptonya teruk, doktor akan segera merujuk kes ini ke pakar fisioterapi.
    • RENDAH DIRI
    Ia adalah normal. Mengapa? Kerana hormon kehamilan anda telah mengubah mood dan perasaan anda. Pada waktu itu, tentu sahaja banyak perkara tentang kehamilan difikirkan. Bagaimana cara untuk mengatasinya? Erm..mungkin bagi suri perbincangan dengan ibu-ibu hamil yang lain mungkin dapat membantu anda.
    Ketahuilah sekiranya anda tetap berterusan merasa rendah diri, bersalah atau cemas, keadaan seperti ini dikenali sebagai antenatal depression. Dan ia juga boleh berterusan setelah bayi dilahirkan kelak.
    • SAKIT ABDOMEN
    Ini mungkin disebabkan angin atau ligamen yang meregang. Jika diawal kehamilan, dapatkanlah rawatan jika sakit timbul walaupun tidak teruk. Di peringkat ini, ia adalah sesuatu tidak normal serta boleh membawa kepada masalah keguguran.
    Ketahuilah bahawa jika kesakitan teruk di awal minggu kehamilan ia menunjukkan kehamilan di luar rahim, manakala jika kesakiatan dirasai seperti senggugut ia pula menandakan bahawa keguguran sekiranya diiringi pendarahan. Jika kesakiran berlaku selepas minggu ke-37, mungkin petanda bayi bakal dilahirkan. Sakit yang teruk selepas minggu ke-37 kadangkala merupakan kecemasan. Seperti contoh kes abruptio (uri lekang)
    • BAYI TIDAK BERGERAK !
    Anda akan hanya merasai pergerakan bayi bermula dari minggu ke-20 ke atas.
    Ketahuilah jika anda perasan pengurangan pergerakan bayi secara tiba-tiba, segera dapatkan nasihat doktor. Doktor akan mula memeriksa degupan jantung bayi anda ataupun melakukan ujian imbasan jika perlu.
    Jadi bagi ibu-ibu yang hamil diluar sana tu janganlah selalu dihimpit perasaan takut dan resah sepanjang kehamilan anda ini kerana tempoh kehamilan itu haruslah dihadapi dengan rasa kesyukuran..kegembiraan keatas KURNIAN ILAHI KEPADA ANDA..
    INGATLAH BAHAWA DETIK-DETIK INDAH 40 MINGGU kelahirannya tidak sama dengan kelahiran anak-anak anda yang sebelumnya..anda mesti bersedia dan alert dengan kemungkinan yang bakal muncul..

    Sunday, March 25, 2012

    Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu Pengenalan Ringkas



    Merujuk Tulisan : Siti Shamsiah bt. Mohd. SupiPegawai Penyelidik : 19/03/2003 | Artikel Bahasa Malaysia
    Di dalam sistem perundangan Islam, bidang kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai 'al-wilayah', yakni hak dan juga kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Sekiranya Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ini, maka mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana perbicaraan.  Disebabkan perundangan di Malaysia mengamalkan sistem dualisme, maka dengan adanya bidang kuasa ini secara dasarnya kita tidak mengalami konflik dalam menentukan kuasa mendengar dan memutus sebarang kes. Bidang kuasa yang tertentu juga dapat menentukan kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah.

    Secara umumnya, bidang kuasa yang dimiliki oleh Mahkamah Syariah di Malaysia tidaklah berbeza jika hendak dibandingkan ketika zaman kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, Mahkamah Syariah mengalami perkembangan yang positif dan lebih baik dari aspek status kakitangan, pentadbiran, penaikan taraf mahkamah itu sendiri dan infrastrukturnya. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang ditubuhkan adalah sebahagian daripada perkembangan yang positif ini. Masyarakat Islam di negara ini khususnya perlu menghargai dan melihatnya sebagai suatu perkara yang positif sekalipun ia bukanlah perubahan yang sangat ketara.


    Sumber Bidang kuasa

    Perlembagaan Persekutuan Jadual Sembilan memperuntukkan Senarai 1 kepada bidang kuasa Persekutuan, Senarai 2 kepada bidang kuasa negeri dan Senarai 3 kepada bidang kuasa bersama. Dalam konteks Mahkamah Syariah, sumber bidang kuasanya adalah berdasarkan kepada Senarai 2, yakni Senarai Negeri. Jadual Sembilan memberikan kuasa perundangan kepada negeri melainkan dalam soal-soal jenayah. Badan Perundangan Negeri yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan mentadbirkan Undang-Undang Islam dan semua hal-ehwal Islam di negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan, yang diletakkan di bawah Persekutuan.
    Jadual Kesembilan, Senarai 2 ' Senarai Negeri, dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan;

    1. Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut ugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan Khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil ugama yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mermpunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu. 

    Di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan ini juga, pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri, dan di bawah enakmen inilah Mahkamah Syariah ditubuhkan. Serentak dengan ini juga, di bawah enakmen inilah diperuntukkan bidang kuasa dan juga pegawai-pegawai mahkamah yang akan mengendalikannya. Pentadbiran mahkamah ini juga telah diasingkan daripada pentadbiran agama Islam negeri. Oleh sebab itu terdapat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri dan di bawah jabatan ini, diwujudkan mahkamah-mahkamah yang diketuai oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri masing-masing.
    Pada pengamatan penulis, ini sebenarnya ruang yang amat besar kepada kerajaan negeri untuk mentadbirkan Undang-Undang Islam dengan secara lebih cekap dan berdaya saing berbanding pada ketika struktur pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Agama Islam bersama dengan lain-lain pentadbiran di bawah jabatan ini.
    Bidang kuasa Jenayah

    Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan.
    Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah.

    Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia,kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat:
    1. Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-negeri,
    2. Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen/Ordinan/Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri, dan
    3. Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan.
    4. Kesalahan-kesalahan yang berada di tempat yang ketiga ini juga turut melibatkan kesalahan jenayah syariah matrimoni seperti poligami tanpa izin mahkamah dan perceraian dilakukan di luar mahkamah.

    Sehubungan dengan ini, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor telah membentuk beberapa kategori jenayah yang tertentu, iaitu:
    1. Kesalahan berkaitan akidah seperti menyebarkan doktrin palsu dan takfir.
    2. Berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya seperti menghina perkara-perkara yang berkait dengan agama, pihak berkuasa agama, fatwa, ingkar perintah mahkamah, berjudi, minum arak dan minuman yang memabukkan, tidak menghormati bulan Ramadan, tidak menunaikan solat Jumaat dan tidak membayar zakat atau fitrah.
    3. Berhubung dengan kesusilaan seperti sumbang mahram, pelacuran, hubungan jenis, khalwat, lelaki berlagak seperti pondan dan perlakuan tidak sopan di khalayak awam.
    4. Kesalahan pelbagai seperti membawa lari wanita yang sudah bersuami, menghalang pasangan yang telah bernikah daripada menjalani kehidupan sebagai suami isteri, menghasut suami isteri supaya bercerai atau meninggalkan kewajipan, menjual atau memberi anak kepada bukan Islam, qazaf (menuduh zina), mengutip zakat tanpa kebenaran dan menyalahgunakan tanda halal. 

    Bidang kuasa Mal

    Istilah 'mal' sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan, ia merujuk kepada kes-kes bukan jenayah. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal pemastautin negeri-negeri. Dan sebenarnya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mal yang hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam:
    1. Berkaitan dengan isu-isu sebelum perkahwinan - Seperti putus tunang, permohonan kebenaran untuk berkahwin dan permohonan untuk berpoligami.
    2. Berkaitan dengan persoalan semasa perkahwinan - Seperti permohonan mengesahkan perkahwinan, permohonan membatalkan perkahwinan yang tidak sah, permohonan nafkah diri, nafkah anak, mensabitkan isteri nusyuz, permohonan isteri supaya suami hidup bersama semula dan sebagainya.
    3. Berkaitan dengan persoalan pembubaran perkahwinan.  - Permohonan cerai khuluq,lisan, fasakh, talak, taqlid, perceraian dengan perintah, kerana murtad dan juga secara anggapan mati.
    4. Sebarang permohonan di dalam sesuatu kes sedang berjalan (interlocutory order) - Contohnya, permohonan sementara nafkah sama ada diri dan anak, hadanah, perintah larangan terhadap harta dan gangguan.  Bagi perkara ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa satu-satu kes perbicaraan mengambil masa yang lama, kerana terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan. Dalam sepanjang tempoh berkenaan, banyak perkara yang timbul yang perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah. Sekiranya tidak diselesaikan, akan menyebabkan ketidakadilan dan aniaya kepada pihak-pihak yang terlibat. Oleh yang demikian, undang-undang memberikan ruang supaya pihak-pihak yang terlibat ketika menanti keputusan yang jelas dari pihak mahkamah dibenarkan untuk membuat permohonan sementara, sementara perbicaraan dijalankan. Umpamanya, adalah sangat wajar bagi seorang wanita memohon larangan (injunksi) terhadap bekas suaminya untuk tidak mengganggunya. Begitu juga memohon perintah larangan agar harta yang dimiliki secara bersama tidak dibenarkan untuk dilibatkan dalam sebarang urusan.
    5. Isu-isu yang berbangkit selepas perceraian - Perkara-perkara ini boleh dirujuk di mahkamah yang ada bidang kuasanya, iaitu selepas perceraian berlaku. Umpamanya, sagu hati (mutaah) selepas perceraian, harta sepencarian, nafkah iddah, nafkah anak, nafkah tertunggak dan juga soal hadanah (penjagaan anak).
    6. Permohonan-permohonan mengenai wasiat, wakaf dan harta pusaka.
    7. Permohonan penguatkuasaan perintah mahkamah - Ini berlaku apabila keputusan yang dikeluarkan tidak diikuti oleh pihak yang kena tanggungan. Maka, pihak-pihak yang satu lagi boleh menuntut supaya perintah-perintah yang dikeluarkan itu dikuatkuasakan oleh pihak mahkamah.


    Rumusan

    Mahkamah Syariah telahpun mengalami banyak perubahan terutama dari sudut pentadbiran yang lebih cekap, efisien dan sebagainya. Dan inilah sebenarnya yang diharapkan oleh masyarakat.
    Ini adalah kerana salah satu prinsip pemakaian undang-undang yang agak penting ialah soal pengiktirafan (recognition) masyarakat. Apabila masyarakat merasakan Mahkamah Syariah boleh diharapkan, diberi kepercayaan dan boleh menyelesaikan masalah-masalah masyarakat, maka di situlah wujudnya pengiktirafan di kalangan masyarakat.
    Pada hemat penulis, Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun diberi pengiktirafan oleh masyarakat. Ini adalah kerana, kita sama-sama dapat melihat mahkamah telahpun menangani banyak kes kekeluargaan di kalangan masyarakat Islam. Begitu juga dalam soal jenayah syariah. Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun mengendalikan kes-kes jenayah syariah.

    Walau bagaimanapun, persoalannya bagaimana hendak memaksimumkan pemahaman masyarakat mengenai bidang kuasa mahkamah? Ini kerana disebabkan pemahaman inilah yang menyebabkan mereka yang menghadapi masalah, membawa masalah mereka itu ke hadapan mahkamah. Dalam keadaan mereka boleh mengharapkan Mahkamah Syariah memberikan keadilan kepada mereka, memberikan hak yang dituntut dan boleh menghukum mana-mana pihak yang mengabaikan tanggungjawab mereka ataupun bagi mereka yang telah melakukan kesalahan.

    Maka, maklumat sebegini amatlah diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat awam, khususnya masyarakat Islam di Malaysia memahami bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.

    Jadual Ketujuh-Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara.





    JADUAL KETUJUH
    [Perkara 45]
    Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara

    1.
    (1) (Dimansuhkan).
    (2) Setiap kali berlaku kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara yang dipilh oleh Negeri, Yang di-Pertuan Agong
    hendaklah memberikan notis kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu bahawa ahli Dewan Negara dikehendaki dipilih, dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri itu hendaklah menghendaki Dewan Undangan memilih seorang ahli Dewan Negara dengan seberapa segera yang boleh.
    2.
    (1) Nama calon untuk dipilih hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli-ahli Dewan Undangan dan ahli yang
    mencadangkan atau ahli yang menyokong itu hendaklah mengemukakan suatu pernyataan secara bertulis, ditandatangani oleh
    orang yang dinamakan itu bahawa dia bersetuju untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara jika dipilih.
    (2) Apabila semua penamaan telah diterima, pegawai pengerusi hendaklah mengumumkan nama orang yang dinamakan
    itu mengikut susunan abjad dan kemudiannya hendaklah mengemukakan nama mereka mengikut susunan itu untuk diundi.
    (3) Setiap ahli yang hadir berhak mengundi sebanyak bilangan calon yang ada mengikut bilangan kekosongan yang akan
    diisi, dan nama ahli yang mengundi setiap calon hendaklah direkodkan; dan jika mana-mana ahli membuang undi sebagai tambahan kepada undi yang dibenarkan oleh subseksyen ini, maka undi itu adalah tidak sah.
    (4) Pegawai pengerusi hendaklah mengisytiharkan sebagai terpilih calon atau calon-calon yang mendapat bilangan undi
    yang terbanyak, tetapi jika dua orang calon atau lebih mendapat bilangan undi yang sama banyak dan bilangan calon itu lebih besar daripada bilangan kekosongan yang akan diisi, maka pemilihan calon itu hendaklah ditentukan dengan cara cabut undi.
    3.
    Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen 2, jika suatu kekosongan yang disebabkan oleh habis tempoh jawatan ahli
    Dewan Negara akan diisi pada mesyuarat yang sama dengan sesuatu kekosongan yang berlaku dengan apa-apa cara lain, maka pemilihan hendaklah pertama-tamanya diadakan untuk mengisi kekosongan yang disebabkan oleh habis tempoh jawatan itu dan kemudiannya suatu pemilihan yang berasingan untuk mengisi kekosongan yang lain itu.
    4.
    Pegawai pengerusi hendaklah memperakui kepada Setiausaha Dewan Negara, melalui surat yang ditandatangani sendiri
    oehnya, nama orang yang dipilih sebagai ahli Dewan Negara mengikut peruntukan Jadual ini.
    5.
    Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Dewan Negara telah diplih dengan sewajarnya mengikut peruntukan
    Jadual ini, maka Dewan Negara hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad, tetapi kegagalan mengadakan sesuatu pemilihan di bawah seksyen 1(2) dengan seberapa segera yang boleh tidaklah dengan sendirinya menidaksahkan pemilihan mana-mana ahli Dewan Negara.

    _____________________________________________
    CATATAN
    Jadual Ketujuh:
    1. BAHAGIAN I
    Lihat Per. 54(3), 159(4)(a).
    Seksyen 1(1):
    Subseksyen ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:
    "1. (1) Dengan seberapa segera yang boleh selepas pembubaran Majlis undangan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memberikan notis kepada Raja atau Gabenor setiap Negeri bahawa ahli-ahli Dewan Negara dikehendaki dipilih dan Raja atau Gabenor hendaklah menghendaki Dewan Undangan memilih ahli-ahli Dewan Negara dengan seberapa segera yang boleh.".
    Seksyen 1(2):
    1. Lihat seksyen 5.
    2. Perkataan "Gabenor" digantikan dengan "Yang di-Pertua Negeri" oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
    Seksyen 2(1): Lihat seksyen 3.
    Seksyen 5:
    Perkataan ", tetapi kegagalan mengadakan suatu pemilihan di bawah seksyen 1(2) dengan seberapa segera yang boleh tidaklah dengan sendirinya menidaksahkan pemilihan mana-mana ahli Dewan Negara" ditambahkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 1-7-1965.
    BAHAGIAN II
    Seksyen 6 dan 7:
    Seksyen-seksyen ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:
    "6. Tempoh jawatan bagi seorang daripada dua orang ahli Dewan Negara yang dipilih pada pemilihan pertama yang diadakan mengikut peruntukan Jadual ini ialah tiga tahun, dan ahli Dewan Negara yang tempoh jawatannya ialah enam tahun hendaklah, jika kedua-duanya mendapat bilangan undi yang sama banyak, ditetapkan dengan cara cabut undi dan kalau tidak begitu halnya orang yang menerima bilangan undi yang lebih banyak.
    7. Daripada bilangan orang yang dilantik pertama kalinya untuk menjadi ahli Dewan Negara, lapan hendaklah dilantik bagi tempoh tiga tahun.".
    2. (a) Tajuk "Pemilihan dan Persaraan Ahli-Ahli Dean Negara" dan "BAHAGIAN I" dipotong oleh Akta A1130, perenggan 13(a) dan (c), berkuat kuasa dari 18-9-2001;
    (b) Tajuk "PEMILIHAN AHLI-AHLI DEWAN NEGARA" digantikan dengan tajuk "Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara" oleh Akta A1130, perenggan 13(b), berkuat kuasa dari 28-9-2001.
    (c) Bahagian II dipotong oleh Akta A1130, perenggan 13(c), berkuat kuasa dari 28-9-2001.

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA


            
    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
    Mengandungi pindaan terkini - Akta A1198/2003

    Diperkenalkan pertama kali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada Hari Kemerdekaan : 31hb Ogos 1957
    Berikutnya diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada Hari Malaysia : 16hb September 1963
    CATATAN : CATATAN tidak menjadi sebahagian daripada teks sahih.
    ___________________________
    SUSUNAN PERKARA
    ___________________________

    BAHAGIAN I - NEGERI-NEGERI, AGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN
    Perkara 1. Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan.Perkara 2. Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.Perkara 3. Agama Persekutuan.Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan.
    BAHAGIAN II - KEBEBASAN ASASI
    Perkara 5. Kebebasan diri.Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang.Perkara 7. Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.Perkara 8. Kesamarataan.Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.Perkara 11. Kebebasan beragama.Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.Perkara 13. Hak terhadap harta.
    BAHAGIAN III - KEWARGANEGARAAN
    Bab 1 - Pemerolehan Kewarganegaraan
    Perkara 14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.Perkara 15. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (isteri dan anak warganegara)Perkara 15A. Kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak.Perkara 16. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka).Perkara 16A. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Negeri Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia.Perkara 17. (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Persekutuan pada Hari Merdeka)--Dimansuhkan).Perkara 18. Peruntukan am tentang pendaftaran.Perkara 19. Kewarganegaraan melalui penaturalisasian.Perkara 19A. (Pemindahan kewarganegaraan ke Singapura atau dari Singapura--Dimansuhkan).Perkara 20. (Naturalisasi bagi anggota-anggota angkatan Persekutuan--Dimansuhkan).Perkara 21. (Peruntukan am tentang naturalisasi--Dimansuhkan).Perkara 22. Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah.
    Bab 2 -- Penamatan Kewarganegaraan
    Perkara 23. Pelepasan kewarganegaraan.Perkara 24. Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.Perkara 26. Peruntukan lain bagi melucutkan kewarganegaraan melalui pendaftaran atau penaturalisasian.Perkara 26A. Pelucutan kewarganegaraan anak orang yang hilang kewarganegaraannya.Perkara 26B. Peruntukan am tentang kehilangan kewarganegaraan.Perkara 27. Tatacara bagi pelucutan.Perkara 28. Pemakaian Bab 2 bagi warganegara tertentu melalui kuat kuasa undang-undang.Perkara 28A. Pelucutan kewarganegaraan orang yang menjadi warganegara pada Hari Malaysia.Perkara 29. Kewarganegaraan Komanwel.Perkara 30. Perakuan Kewarganegaraan.Perkara 30A. (Hak mengundi, dsb., bagi warganegara Singapura dan warganegara lain--Dimansuhkan).Perkara 30B. (Perhubungan tentang kewarganegaraan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura--Dimansuhkan).Perkara 31. Pemakaian Jadual Kedua.
    BAHAGIAN IV
    Bab 1 -- Ketua Utama Negara
    Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya.Perkara 33. Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan.Perkara 33A. Yang di-Pertuan Agong hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong jika dipertuduh atas suatu kesalahan.Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.Perkara 35. Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya dan saraan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.Perkara 36. Mohor Besar.Perkara 37. Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong.
    Bab 2 -- Majlis Raja-Raja
    Perkara 38. Majlis Raja-Raja.
    Bab 3 -- Badan Eksekutif
    Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.Perkara 40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.Perkara 41. Pemerintah tertinggi angkatan tentera.Perkara 42. Kuasa pengampunan, dsb.Perkara 43. Jemaah Menteri.Perkara 43A. Timbalan-Timbalan Menteri.Perkara 43B. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.Perkara 43C. Setiausaha-Setiausaha Politik.
    Bab 4 -- Badan Perundangan Persekutuan
    Perkara 44. Keanggotaan Parlimen.Perkara 45. Keanggotaan Dewan Negara.Perkara 46. Keanggotaan Dewan Rakyat.Perkara 47. Kelayakan menjadi ahli Parlimen.Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.Perkara 49. Peruntukan melarang dua keahlian.Perkara 50. Akibat kehilangan kelayakan, dan larangan mengenai penamaan atau pelantikan tanpa persetujuan.Perkara 51. Pelepasan keahlian oleh ahli-ahli.Perkara 52. Ketidakhadiran ahli.Perkara 53. Keputusan tentang kehilangan kelayakan.Perkara 54. Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka.Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.Perkara 56. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.Perkara 57. Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.Perkara 58. Saraan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua.Perkara 59. Sumpah oleh ahli-ahli.Perkara 60. Titah oleh Yang di-Pertuan Agong.Perkara 61. Peruntukan khas tentang Jemaah Menteri dan Peguam Negara.Perkara 62. Tatacara Parlimen.Perkara 63. Keistimewaan Parlimen.Perkara 64. Saraan ahli.Perkara 65. Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
    Bab 5 -- Tatacara perundangan
    Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.Perkara 67. Sekatan terhadap pembawaan Rang Undang-Undang dan pencadangan pindaan-pindaan yang melibatkan pencukaian, perbelanjaan, dsb.Perkara 68Perkenan terhadap Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sahaja.
    Bab 6 -- Keupayaan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman
    Perkara 69. Keupayaan Persekutuan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman.
    BAHAGIAN V - NEGERI-NEGERI
    Perkara 70. Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri.Perkara 71. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.
    BAHAGIAN VI - PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI
    Bab 1 -- Pembahagian kuasa perundangan
    Perkara 73. Takat undang-undang persekutuan dan Negeri.Perkara 74. Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri.Perkara 75. Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.Perkara 76. Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu.Perkara 76A. Kuasa Parlimen untuk memperluas kuasa perundangan Negeri.Perkara 77. Kuasa baki perundangan.Perkara 78. Perundangan yang menyekat penggunaan sungai.Perkara 79. Penjalanan kuasa perundangan bersama.
    Bab 2 -- Pembahagian kuasa eksekutif
    Perkara 80. Pembahagian kuasa eksekutif.Perkara 81. Obligasi Negeri kepada Persekutuan.
    Bab 3 -- Pembahagian beban kewangan
    Perkara 82. Pembiayaan perbelanjaan yang berhubungan dengan perkara dalam Senarai Bersama.
    Bab 4 -- Tanah
    Perkara 83. Pengambilan tanah bagi maksud persekutuan.Perkara 84. (Pengambilan kepada Negeri tanah yang dipegang bagi maksud persekutuan--Dimansuhkan).Perkara 85. Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan bagi maksud persekutuan.Perkara 86. Pelupusan tanah yang terletak hak pada Persekutuan.Perkara 87. Pemutusan pertikaian tentang nilai tanah.Perkara 88. Pemakaian Perkara 83 hingga 87 bagi Negeri yang tidak mempunyai Raja.Perkara 89. Tanah simpanan Melayu.Perkara 90. Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu.Perkara 91. Majlis Tanah Negara.
    Bab 5 -- Pembangunan negara
    Perkara 92. Rancangan pembangunan negara.
    Bab 6 -- Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan Negeri
    Perkara 93. Siasatan, tinjauan dan perangkaan.Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri.Perkara 95. Pemeriksaan aktiviti Negeri.
    Bab 7 -- Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
    Perkara 95A. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.
    Bab 8 -- Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak
    Perkara 95B. Ubah suaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan.Perkara 95C. Kuasa untuk memperluas kuasa perundangan atau eksekutif Negeri melalui perintah.Perkara 95D. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada kuasa Parlimen untuk meluluskan undang-undang seragam mengenai tanah atau kerajaan tempatan.Perkara 95E. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada rancangan negara bagi penggunaan tanah, kerajaan tempatan, pembangunan, dsb.
    BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
    Bab 1 -- Am
    Perkara 96. Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang.Perkara 97. Kumpulan Wang Disatukan.Perkara 98. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.Perkara 99. Penyata kewangan tahunan.Perkara 100. Rang Undang-Undang Perbekalan.Perkara 101. Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih.Perkara 102. Kuasa membenarkan perbelanjaan masuk akaun atau bagi maksud yang tidak dinyatakan.Perkara 103. Kumpulan Wang Luar Jangka.Perkara 104. Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan.Perkara 105. Ketua Audit Negara.Perkara 106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara.Perkara 107. Laporan Ketua Audit Negara.Perkara 108. Majlis Kewangan Negara.Perkara 109. Pemberian kepada Negeri.Perkara 110. Penyerahhakan cukai dan fi kepada Negeri.Perkara 111. Sekatan untuk meminjam.Perkara 112. Sekatan ke atas perubahan dalam perjawatan Negeri.
    Bab 2 -- Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak
    Perkara 112A. Pengauditan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.Perkara 112B. Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak.Perkara 112C. Pemberian khas dan penyerahhakan hasil kepada Negeri Sabah dan Sarawak.Perkara 112D. Kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak.Perkara 112E. (Perkiraan kewangan dengan Singapura--Dimansuhkan).
    BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA
    Perkara 113. Penjalanan pilihan raya.Perkara 114. Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya.Perkara 115. Bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.Perkara 116. Bahagian pilihan raya persekutuan.Perkara 117. Bahagian pilihan raya Negeri.Perkara 118. Cara mencabar pemilihan.Perkara 118A. Cara mempersoalkan petisyen pilihan raya mengenai tidak adanya pemilihan.Perkara 119. Kelayakan pemilih.Perkara 120. Pemilihan terus ke Dewan Negara.
    BAHAGIAN IX - BADAN KEHAKIMAN
    Perkara 121. Kuasa kehakiman Persekutuan.Perkara 122. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan.Perkara 122A. Keanggotaan Mahkamah Rayuan.Perkara 122AA. Keanggotaan Mahkamah Tinggi.Perkara 122AB. Pelantikan pesuruhjaya kehakiman.Perkara 122B. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.Perkara 122C. Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain.Perkara 123. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.Perkara 124. Sumpah jawatan hakim-hakim.Perkara 125. Tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan.Perkara 125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim.Perkara 126. Kuasa menghukum kerana penghinaan.Perkara 127. Sekatan mengenai perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim.Perkara 128. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.Perkara 129. (Bidang kuasa khas Mahkamah Agung tentang tafsiran Perlembagaan--Dimansuhkan).Perkara 130. Bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan.Perkara 131. (Rayuan daripada Mahkamah Persekutuan--Dimansuhkan).Perkara 131A. Peruntukan berkenaan dengan ketidakupayaan, dsb. Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar.
    BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM
    Perkara 132. Perkhidmatan-perkhidmatan awam.Perkara 133. Perkhidmatan bersama, dsb.Perkara 134. Peminjaman pegawai.Perkara 135. Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat.Perkara 136. Layanan saksama bagi pekerja Persekutuan.Perkara 137. Majlis Angkatan Tentera.Perkara 138. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.Perkara 139. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.Perkara 140. Suruhanjaya Pasukan Polis.Perkara 141. (Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api--Dimansuhkan).Perkara 141A. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.Perkara 142. Peruntukan am yang berhubungan dengan Suruhanjaya.Perkara 143. Syarat-syarat perkhidmatan anggota Suruhanjaya.Perkara 144. Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan.Perkara 145. Peguam Negara.Perkara 146. Laporan Suruhanjaya.Perkara 146A. (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Negeri-Negeri Borneo--Dimansuhkan).Perkara 146B. (Cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap Negeri Sabah atau Sarawak--Dimansuhkan).Perkara 146C. (Peruntukan tambahan tentang cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam--Dimansuhkan).Perkara 146D. Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota yang dipinjamkan daripada perkhidmatan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.Perkara 147. Perlindungan hak pencen.Perkara 148. Tafsiran Bahagian X.
    BAHAGIAN XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT
    Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.Perkara 150. Proklamasi darurat.Perkara 151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan.
    BAHAGIAN XII - AM DAN PELBAGAI
    Perkara 152. Bahasa kebangsaan.Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.Perkara 154. Ibu kota persekutuan.Perkara 155. Persalingan Komanwel.Perkara 156. Sumbangan bagi membantu kadar-kadar berkenaan dengan harta persekutuan dan Negeri.Perkara 157. Pewakilan fungsi Negeri kepada suatu Negeri lain.Perkara 158. (Perkiraan dengan Brunei -- Dimansuhkan).Perkara 159. Pindaan Perlembagaan.Perkara 159A. Perjalanan kuat kuasa peruntukan peralihan dalam Akta Malaysia.Perkara 160. Tafsiran.Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.Perkara 160B. Teks sahih.
    BAHAGIAN XIIA - PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK
    Perkara 161. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda di Negeri Sabah dan Sarawak.Perkara 161A. Kedudukan istimewa anak negeri Negeri Sabah dan Sarawak.Perkara 161B. Sekatan ke atas peluasan kepada bukan pemastautinan akan hak untuk menjalankan amalan di hadapan mahkamah di dalam Negeri Sabah dan Sarawak.Perkara 161C. (Pendidikan agama Islam di Negeri-Negeri Borneo -- Dimansuhkan).Perkara 161D. (Kebebasan beragama -- Dimansuhkan).Perkara 161E. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri Sabah dan Sarawak.Perkara 161F. (Penggunaan bahasa tidak rasmi di Dewan Undangan Negeri Singapura -- Dimansuhkan).Perkara 161G. (Kedudukan istimewa orang Melayu di Singapura -- Dimansuhkan).Perkara 161H. (Pemeliharaan kedudukan Singapura dari segi perlembagaan -- Dimansuhkan).
    BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN
    Perkara 162. Undang-undang yang sedia ada.Perkara 163. (Penerusan buat sementara Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948 -- Dimansuhkan).Perkara 164. (Fungsi sementara Majlis Perundangan -- Dimansuhkan).Perkara 165. (Peruntukan sementara kewangan -- Dimansuhkan).Perkara 166. Pewarisan harta.Perkara 167. Hak, liabiliti dan obligasi.Perkara 168. (Prosiding undang-undang -- Dimansuhkan).Perkara 169. Perjanjian, dsb., antarabangsa yang dibuat sebelum Hari Merdeka.Perkara 170. (Peruntukan sementara bagi orang yang layak mendaftar sebagai warganegara di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Fasal 126--Dimansuhkan).Perkara 171. (Bahagian pilihan raya bagi pilihan raya pertama -- Dimansuhkan).Perkara 172. (Mahkamah yang sedia ada -- Dimansuhkan).Perkara 173. (Sementara menanti rayuan ke Majlis Privy -- Dimansuhkan).Perkara 174. (Jawatan kehakiman dan Peguam Negara -- Dimansuhkan).Perkara 175. Pengarah Audit hendaklah menjadi Ketua Audit Negara yang pertama.Perkara 176. Pertukaran pegawai.Perkara 177. Mengetepikan atau menangguhkan sumpah jawatan jika pelantikan diteruskan di bawah Bahagian ini.Perkara 178. Saraan selepas Hari Merdeka.Perkara 179. Sumbangan berkenaan dengan perkhidmatan bersama.Perkara 180. Pemeliharaan pencen, dsb.
    BAHAGIAN XIV - KECUALIAN BAGI KEDAULATAN, DSB., RAJA-RAJA
    Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.
    BAHAGIAN XV - PROSIDING TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA
    Perkara 182. Mahkamah Khas.Perkara 183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.
    JADUAL-JADUAL
    Jadual Pertama -- Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian.
    Jadual Kedua --
    Bahagian I - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
    Bahagian II - Pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
    Bahagian III - Pemecatan Yang di-Pertuan Agong.
    Bahagian IV - Am
    Bahagian I - Sumpah bagi Yang di-Pertuan Agong.
    Bahagian II - Sumpah bagi TImbalan Yang di-Pertuan Agong.
    Bahagian III - Terjemahan dalam Bahasa Inggeris.
    Bahagian I - Peruntukan tetap.
    Bahagian II - Peruntukan sementara sebagai gantian bagi peruntukan dalam Bahagian I
    Bahagian III - Ubah suaian Bahagian I dan II berhubung dengan Melaka dan Pulau Pinang.
    Bahagian I - Pemberian ikut kepala.
    Bahagian II - Pemberian jalan Negeri.
    Bahagian III - Sumber hasil yang diserahhakkan kepada Negeri.
    Bahagian IV - Pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak.
    Bahagian V - Sumber tambahan hasil yang diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan Sarawak.
    Bahagian I - Penetapan dan prinsip yang berhubungan dengan penyempadanan bahagian-bahagian pilihan raya.
    Bahagian II - Tatacara bagi menyempadankan bahagian-bahagian pilihan raya.