Sunday, March 18, 2012

Wasiat Rasululullah S.A.W kepada Saidina Ali


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda” :
  • “Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara’ yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur.”
  • “Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu.”
  • “Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi.”
  • “Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu.”
  • “Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu.”
  • “Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat.”
  • “Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!”
  • “Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.
  • “Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat.”
  • Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: “Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?
  • “Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau.”
  • “Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah.”
  • “Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah.”
  • “Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya.”
  • ” Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga di dunia;Ia akan cepat memusnahkan harta, ia akan melenyapkan kekayaan, ia akan menghapuskan rezeki. Adapun yang tiga di akhirat, ia akan membawa buruk perhitungan (hisab), ia akan membawa kemurkaan Allah swt. dan kekal di dalam neraka.”
  • “Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu.”
  • “Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat.”
  • “Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu.”
  • “Ya Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu, dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu.”
  • “Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan “si pendusta”, dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang “benar” (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan Iman.
  • “Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya.”
  • “Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar”.
( Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa’i )

Wednesday, March 14, 2012

susu i.b.u...


Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu-ibu hebat lagi fantastik :-) .
Moga kalian sekeluarga dirahmati Allah.
Alhamdulillah, saya mulakan blog Dunia Susu Ibu ini dengan cita-cita ingin menduniakan susu ibu danmemberi motivasi kepada ibu-ibu lain untuk menyusu anak mereka.
Islam menjadikan susu ibu sebagai satu pendidikan awal bagi kanak-kanak. Semasa menyusu, kita boleh mengusap rambut anak-anak kita sambil membacakan:
  • Dua kalimah shahadah
  • Selawat ke atas Rasulullah SAW
  • Al-Fatihah
  • Ayat Kursi
  • Al-Inshirah
Bacaan-bacaan ini dibacakan pada anak-anak bertujuan menghalau gangguan syaitan dan melapangkan hati serta fikiran anak-anak. Dengan berkat susu ibu, kita boleh mengelakkan masalah keruntuhan akhlak anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Ini kerana pemberian susu ibu dapat memberikan makanan jasmani dan rohani kepada anak- anak.
Allah S.WT telah menjadi­kan amalan penyusuan selepas kelahiran bayi sebagai satu kewajipan yang tidak harus diabaikan oleh setiap ibu. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 233:
bile dikenangkan pada naufal (anak sulung ku)..hrmm...menyusu smpai umo 4 thn bdk tu..huhu...4x aku cuba berentikan dia dpd menyusu sbb da lebey 2 thn, kali ke-3 cuba berenti, aku hampir pengsan dalam bilik air dek kerana x reti camane cara nk renti kn susu dpd membengkak...bile salah cara, jadik salah segala...
jadi, mse auni batrisyia (menyusu 2 tahun jer) sebab dah jumpe kekdah nye camane nk buat xm0 kasi susu membengkak.....nk tau cara yg betol ? sile rujuk nurse d mane-mane ospital @ klinik yg bhampiran...deme tu sangat bagus pengetahuan nyer..

klu xmo tnye deme tu, cni kome citer skit
1) ambik kelopak kubis, tekap kn pada susu anda tu...bia kn slame mana pon n anda bebas buat keje yg anda rase nk buat...(tido pon boleh), tapi klao xm0 tido, ambik ais, tuam kn agar bengkak tersebut kurang saket,air susu 2 akan menitik sdri tanpe anda perlu perah pon..insyaAllah, pas2, bengkak akan ilang dengan sendiri nye....hebat kn kejadian Tuhan..

bayar bil air PahanG via POS ONLINE



adoiyai..aku mmg malas bab bayar bil JBA ni. Malas nak g bank or pejabat pos. Nak kena cari parking..  beratur... Ambk masa. Dalam banyak² bil,aku x pernah lagik bayar bil air (Jabatan Bekalan Air Pahang). Huhuhu since duduk rumah ni, x pernah bayar. Dah sampai bil ke-2..pon x bayar jugak, sbb nya lemah gemalai nk pegi membayo di pejabat pos nun..cek kt maybank2u, Bankislam.biz, Cimbclicks semua x ada pun untuk bayaran bil JBA. adoh mak,malas nye tahap cimpanzi klao nk ke pejabat p0s..aci x klau x yoh bay0...jeng jeng jeng...

Pas2, tjumpe lh web POSONLINE...kekonon cam hepi lh sbb buleh bayo on9 jer..siap ngisi perkara yg sptt nye, alahai makk....tak dapek den nk koba an...ghupe ²  nye POSONLINE "x geng" ngan maybank2u itu...hurmm, sungguh aku kaciwa..lalala..nampok nye x berbayo lagik lah bil ni bln nih....maybank2u 2 kn memudahkan urusan..pesal la xde plak nih ..cimbclicks ade la...masaklah nye, duit den xde kek c2....mwahahaha..tapi:untok korang ²  yang ade banyak pitih dlm cimbclicks, buleh la bayo gune mende alah tu tanpa perlu beratur..


gini adelah kekdahnyew..



  1. Register di www.posonline.com.my , isi semua detail peribadi
  2. Pilih Bill Registration (senang nanti.. x yah duk keyin byk kali.. kira simpan dlm list bayarn bil akan datang le poh bedoh nyew..)
  3. Isi detail pasal bil. spt no akaun dan nama empunye akaun ituh.
  4. Lepas tuh, ape lagik..? klik le bayar bil---> pas2,
  5. Pilih aje bank mana yg kita ada duit (kecuali maybank2u sbb deme nih x joint venture business).. sehingga menyebabkan aku sendirik x bley nk bayo bil, mwahahaha).So, x yah susah² la nak kena register kat setiap internet banking kan. pilih aje bank (kecuali maybank2u)  yg korang ada duit yang sangat banyak di dalamnyer..."sampai sudah aku x leh nk bayo bil sbb xde duit kt cimbclicks..kuikuikui...tapi, utk kesenangan kengkawan, aku list kn jugak flow kt sinin gimana mau guna khidmat posonline e2..
  6. Lepas tu buat bayarn mcm biasa, ikut jenis bank masing² la kan.. kalau cimb dia mintak TAC. Request TAC. Semua ni.. dia duduk dalam frame website posonline..
  7. Akhirnya, selesai bayaran, bleh print. untuk disimpan dan difailkan sebagai rujukan di masa ² hadapan..huhu

bile pk² balik, ape pasal eh maybank2u tuh xmo berkolaborasi ngan JBA nih ? gad0h ye...nk kene cubit nih.. 

Friday, February 17, 2012

Diari seorang warden ~ "rotan"

hmm...btol kata 'che det'..argghhh."melayu mudah lupa"...anak didik ku yg hampir 350 org ni mula mengambil kesempatan utk melanggari peraturan makan tengahari dgn mbri alasan "period", ade kelas, lapar bla, bla, bla....
sepatutnya, smua pljr akan solat zohor secara berjemaah terlebih dahulu sblm mkn tghari..tapi, d sbb kn warden smua agk sibuk, rata-rata, dlm kalangan mereka mula "mendahulukan makan"..peraturan yang baek x nk d ikot..
sudah nya, kesemua mereka yg "mencuri makan" pada hari ini tlh diberi kan pelajaran percuma kecuali pljr f1, kene rotan d betis sbg pngjrn d kmudian hari..yg aku pelik nya, tahun 2011 yg llu, smua anak2 ini blh mematuhi jadual yg tlh di ttp kn tpi thn ni, smua nk bt prangai ...ade prangai baru yg pelik2..mayB warden thn ni smua "baik-baik" dan buleh dipijak kepala lh kot..
Neway, sblm lagik parah dn mnyusahkan smua org d kmudian hari,g aku tpksa mmbri sdikit hukumn agar mereka tdk sambil lewa pd peraturan yg telah ditetap kn..."klu nk bbuat sesuke ati spnjg mase, baik lh tdk payah tggl d asrama..." nk lagik best, buat lh skolah sdri d blkg rmh anda" xde sape nk halang @ tegur sgale perbuatan anda..kan begitu lbh bagus..tapi,
"kalau nk menumpang d sekolah & asrama yg disediakan oleh kerajaan, anda perlu lh ikot setiap peraturan yang ditetap kn agar khidupan kita semua di asrama sekolah yg tercinta ini akan aman dan harmoni....
Smua org tlh ditazkirah kn dgn baik............dgn hrpn akan berubah ke arah kbaikan, masing2 mjaga perangani dan perlakuan, maka kurang lah kepeningan sang warden..slesai satu part..

Saturday, November 19, 2011

aku masih ada...

lama betul tidak aku jengah muka blog ini...macam2 hal yg mendatang, dibebani dengan tugas, keluarga yg memerlukan perhatian, dan lain-lain yg sama waktu dan seangkatan dengannya...pening jugak kadang-kadang tp, hidup mesti diteruskan...

Wednesday, November 4, 2009

Semester Baru

Diam tak diam, dah mencecah ke semester kedua..tapi minggu nie masih haru biru skit.smua lecturer masih kelam kelibut, takde jadual, takdapat jadual, bla...bla...bla....sudah nyer, banyak yg cancel class..kalau ku tahu dari awal lagi aku memerap lagi seminggu kat kampong nun..hiss..takpe lh , lepak-lepak dlu sblm di kalut kn ngan assingment...yg aku perasan, cuma ketua penyelaras jer yg tak cancel kn class..gamak nyer takot di contohi pensyarah di bawah seliaan nyer..tapi semacam jer orang2 seliaan nyer e2 memberi alasan..mwahahaha..tak tao lh nk kata

Sunday, April 12, 2009

PENTINGNYA INSURANS

  1. Manusia sejagat terpaksa berdepan dengan akibat sesuatu kecelakaan. Kecelakaan @ kemalangan boleh timbul dengan berbagai cara dan kesemuanya akan menyebabkan berlakunya sesuatu kerugian.
  • Sebagai contoh, seorang pencari nafkah tunggal untuk sesebuah keluarga menemui kemalangan lalu meninggal dunia. Tanggungan yang ditinggalkannya akan mengalami 2 bentuk kehilangan yang ketara iaitu EMOSIONAL dan KEWANGAN.

Beberapa bentuk risiko @ PERIL

  1. kapal karam di laut
  2. kebakaran merebak mengakibatkan kerosakan harta benda
  3. kehilangan pendapatan disebabkan hilang upaya @ kematian yang tidak diduga

Fungsi Insurans

  • Fungsi Primer : "Pengagihan kerugian kewangan secara saksama kepada segelintir mereka yang di insuranskan dikalangan sekumpulan besar insured.
  • Fungsi Sekunder : Penstabilan Kos, menhilangkan perasaan takut dan bimbang, mengurangkan kerugian, kaedah simpanan, sumber modal bagi pelaburan, membuka peluang pekerjaan bagi orang ramai.