Sunday, March 25, 2012

Peruntukan Tambahan


Jadual Kedua-Bahagian III-Peruntukan tambahan berhubung dengan kewarganegaraan.

JADUAL KEDUA
BAHAGIAN III
[Perkara 31]
PERUNTUKAN TAMBAHAN BERHUBUNG
DENGAN KEWARGANEGARAAN

Menteri

1. Fungsi Kerajaan Persekutuan di baawah Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dijalankan oleh mana-mana Menteri Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Tang di-Pertuan Agong, dan sebutan dalam Jadual ini mengenai Menteri hendaklah di tafsirkan dengan sewajarnya.
2. Sesuatu keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini tidaklah tertakluk kepada rayuan atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.
3. (Dimansuhkan).
4. (1) Menteri boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai Kerajaan Persekutuan atau, dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri mana-mana Negeri, kepada mana-mana pegawai Kerajaan Negeri itu, mana-mana fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini atau Jadual ini yang berhubungan dengan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penyimpanan daftar-daftar, dan, berhubung dengan perintah-perintah di bawah peranggan (c)Fasal (1) Perkara 25 atau di bawah Perkara 26, mana-mana fungsinya di bawah Perkara 27 sebelum memutuskan sama ada hendak membuat suatu perintah yang sedemikian; tetapi mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan seseorang yang kepadanya fungsi Menteri itu diwakilkan sedemikian boleh merayu kepada Menteri.
(2) Menteri boleh juga, dengan persetujuan Yang di-Pertau Negeri bagi Negeri yang berkenaan, mewakilkan kepada suatu
pihak berkuasa Negeri Sabah atau Sarawak (tertakluk atau tidak tertakluk kepada syarat-syarat yang membuat peruntukan bagi sesuatu rayuan daripada pihak berkuasa itu kepada Menteri) mana-mana fungsi Menteri di bawah Fasal (6) Perkara 28A yang tidak dikehendaki diwakilkan menurut Fasal (7) Perkara itu.
(3) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pendaftaran di bawah Fasal (2) Perkara 19A sebagaimana subseksyen itu
terpakai bagi kewarganegaraan melalui pendaftaran, dan bagi pembatalan di bawah Fasal (4) Perkara 19A sesuatu pendaftaran di bawah Perkara itu sebagaimana subseksyen itu terpakai bagi sesuatu perintah di bawah Perkara 26.
5. (Dimansuhkan).
Fungsi Menteri

6. Tertakluk kepada undang-undang persekutuan, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah dan menetapkan borang-borang bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini.
7. Apa-apa kuasa Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan, bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, tempoh bagi mendaftarkan sesuatu kelahiran yang berlaku di luar Persekutuan boleh dijalankan sama ada sebelum atau selepas pendaftaran itu dibuat.
8. (Dimansuhkan).
9. Apa-apa notis yang hendaklah diberikan oleh Menteri kepada mana-mana orang di bawah Perkara 27 boleh dihantar kepada orang itu di alamatnya yang akhir diketahui, atau, dalam hal seseorang yang di bawah umur dua puluh ssatu tahun (yang bukan seorang perempuan bersuami), kepada ibu atau bapanya atau penjaganya di alamat ibu atau bapa atau penjaga itu yang akhir diketahui; dan jika sesuatu alamat yang ke situ notis boleh dihantar kepada mana-mana orang di bawah seksyen in tidak diketahui dan tidak dapat ditentukan selepas siasatan yang munasabah dibuat, maka notis itu boleh diberikan dengan menyiarkannya dalam Warta.
10. (1) Menjadi kewajipan Menteri untuk menyusun dan menyenggarakan-
(a) suatu daftar warganegara melalui pendaftaran;
(b) suatu daftar warganegara melalui penaturalisasian;
(c) suatu daftar orang yang kepada mereka perakuan telah dikeluarkan di bawah Fasal (1) Perkara 30;
(d) suatu daftar orang yang telah melepaskan atau telah dilucutkan kewarganegaraan di bawah mana-mana peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini.
(e) (Dimansuhkan).
(f) suatu indeks mengikut abjad bagi semua orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d).

(2) Sebutan dalam seksyen ini mengenai warganegara melalui pendaftaran atau melalui penaturalisasian hendaklah
ditafsirkan mengikut Perkara 28 seolah-olah seksyen in telah dimasukkan antara peruntukan yang baginya Perkara itu terpakai.

11. Jika Menteri mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu kekhilafan terdapat dalam mana-mana daftar yang disusun di bawah seksyen 10, maka dia hendaklah, selepas memberikan notis kepada orang yang berkenaan itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi daripadanya yang dipilih olehnya untuk dibuat, membuat apa perubahan pada daftar itu sebagaimana yang didapati perlu oleh Menteri bagi membetulkan kekhilafan itu.
12. Tertakluk kepada seksyen 11, daftar tersebut hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang terkandung dalamnya;
13-15. (Dimansuhkan).
Kesalahan-kesalahan

16. (1) Menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemejaraan selama dua tahun atau denda sebanyak seribu ringgit atau kedua-duanya jika mana-mana orang-
(a) dengan disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu dengan tujuan untuk mendorong Menteri membenarkan atau menolak mana-mana permohonan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini, termasuk apa-apa permohonan untuk menentukan sama ada pemohon itu seorang warganegara melalui kuat kuasa undang-undang; atau
(b) memalsukan atau tanpa kuasa yang sah mengubah mana-mana perakuan, sama ada yang dikeluarkan atau diberikan di Persekutuan atau di mana-mana tempat lain, atau tanpa kuasa yang sah menggunakan atau ada dalam miliknya apa-apa perakuan yang telah dipalsukan atau diubah sedemikian; atau
(c) tidak mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan ke atasnya oleh mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 6 mengenai penyerahan perakuan; atau
(d) menyamar atau dengan cara palsu mengemukan dirinya sebagai atau bukan sebagai seorang yang kepadanya suatu perakuan, sama ada yang dikeluarkan di Persekutuan atau di mana-mana tempat lain, telah dikeluarkan atau diberikan dengan sewajarnya.

(2) Dalam seksyen ini, "perakuan" ertinya apa-apa perakuan daripada perihalan yang berikut yang dikeluarkan di bawah
Bahagian III Perlembagaan ini, iaitu;
(a) apa-apa perakuan pendaftaran atau perakuan naturalisasi sebagai seorang warganegara; dan
(b) apa-apa perakuan pendaftaran yang dibuat di suatu konsulat Persekutuan atau di mana-mana tempat lain di luar Persekutuan; dan
(c) apa-apa perakuan seperti yang di sebut dalam Perkara 30.
Tafsiran

17. Berhubung dengan seseorang anak tidak sah taraf, sebutan mengenai bapa orang itu atau mengenai ibu atau bapanya, atau mengenai seorang daripada ibu bapanya adalah, bagi maksud Bahagian II Perlembagaan ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai ibunya, dan dengan yang demikina itu seksyen 19 Jadual ini tidaklah terpakai bagi orang itu.
18. Berhubung dengan seseorang anak angkat yang pengangkatannya telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan termasuk mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebelum Hari Merdeka, Fasal (3) Perkara 15 hendaklah berkuat kuasa seolah-olah sebutan mengenai bapanya telah digantikan dengan sebutan mengenai pengangkat itu, dan sebutan dalam Fasal itu dan seksyen 9 Bahagian ini dalam Jadual ini mengenai ibu atau bapanya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
19. Apa-apa sebutan dalam Bahagian III Perlembagaan ini mengenai taraf atau perihalan bapa seseorang pada masa kelhairan orang itu hendaklah, berhubung dengan seseorang yang lahir selepas kematian bapanya, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai taraf atau perihalan bapa itu pada masa kematian bapa itu; dan jika kematian itu berlaku sebelum Hari Merdeka dan kelahiran itu berlaku pada atau selepas hari Merdeka, maka taraf atau perihalan yang akan terpakai bagi bapa itu sekiranya dia mati selepas Hari Merdeka hendaklah disifatkan sebagai taraf atau perihalan yang terpakai baginya pada masa kematiannya. Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Hari Malaysia sebagaimana seksyen ini berkuat kuasa berhubung dengan Hari Merdeka.
19A. Bagi maksud Bahagian I dan II Jadual ini, seseorang yang lahir di atas sesuatu kapal atau pesawat udara berdaftar hendaklah disifatkan telah lahir di tempat di mana kapal atau pesawat udara itu telah didaftarkan, dan seseorang yang lahir di atas sesuatu kapal atau peasawat udara tidak berdaftar kepunyaan Kerajaan mana-mana negara hendaklah disifatkan telah lahir di dalam negara itu.
19B. Bagi maksud Bahagian I dan II Jadual ini, mana-mana kanak-kanak baru lahir yang dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah lahir di tempat itu dan ibunya bermastautin secara tetap di tempat itu; dan jika kanak-kanak itu dikira menurut kuasa seksyen ini telah lahir sedemikian, maka tarikh dia dijumpai hendaklah dikira sebagai tarikh lahirnya.
19C. Bagi maksud Bahagian I atau II Jadual ini, seseorang hendaklah dikira telah bermastautin secara tetap pada bila-bila masa di Persekutuan jika, tetapi hanya jika, dia ketika itu bermastautin di Persekutuan dan sama ada-

(a) dia ketika itu mendapat kebenaran yang diberikan tanpa had masa di bawah mana-mana undang-undang persekutuan untuk bermastautin di Persekutuan; atau
(b) diperakui oleh Kerajaan Persekutuan bahawa dia hendaklah dikira bagi maksud itu sebagai seorang pemastautin tetap di Persekutuan.
20. (1) Pada menghitung apa-apa kemastautinan di Persekutuan bagi maksud Bahagian II Perlembagaan ini-
(a) tempoh tidak ada dalam Persekutuan selama kurang daripada enam bulan:
(b) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan bagi maksud apa-apa jenis pendidikan, di mana-mana negara dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan dari semasa ke semasa sama ada secara am atau secara khas oleh Menteri;
(c) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana sebab-seba kesihatan;
(d) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana bertugas dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan mana-mana Negeri, jika tempoh itu selaras dengan keberterusan yang diperlukan bagi kemastautinan itu; dan
(e) tempoh yang tidak ada di dalam Persekutuan kerana apa-apa sebab lain yang ditetapkan secara am atau secara khas oleh Menteri,
hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.
(2) Pada menghitung apa-apa kemastautinan di Persekutuan bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini-

(a) tempoh yang dalamnya seseorang telah tidak bermastautin dengan sah di Persekutuan;
(b) tempoh seseorang berada sebagai penghuni di dalam mana-mana penjara atau sebagai seseorang yang ditahan dalam jagaan yang sha di mana-mana tempat lain, selain hospital mental, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Persekutuan; dan
(c) tempoh yang dalamnya seseorang dibenarkan tinggal sementara di Persekutuan di bawah kuasa apa-apa pas yang dikeluarkan atau perintah pengecualian yang dibuat di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen.
tidak boleh, kecuali dalam hal apa-apa tempoh yang disebut dalam perenggan (c), dengan persetujuan Menteri, dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.
(3) Bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, seseorang hendaklah disifatkan bermastautin di Persekutuan pada
sesuatu hari tertentu jika dia telah bermastautin di Persekutuan sebelum hari itu dan hari itu termasuk dalam apa-apa tempoh tidak ada di dalam Persekutuan yang disebut dalam subsejsyen (1).
(4) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan mana-mana bahagian Persekutuan dan wilayah-wilayah yang
termasuk di dalam bahagian itu sebelum Hari Malaysia sebagaimana seksyen ini terpakai berhubung dengan Persekutuan pada kesekuruhannya, dan sebutan dalam subseksyen (1)(d) mengenai perkhidmatan sesuatu Negeri hendaklah termasuk, berhubung dengan wilayah-wilayah itu, perkhidmatan mana-mana Kerajaan yang mempunyai bidang kuasa di wilayah-wilayah itu sebelum Hari Malaysia; dan berhubung dengan Hari Malaysia atau mana-mana hari yang kemudiannya subseksyen (3) hendaklah terpakai seolah-olah wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak telah pada setiap masa menjadi sebahagian daripada persekutuan.

21. Bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, "konsulat Persekutuan" termasuklah mana-mana pejabat yang menjalankan fungsi konsul bagi pihak Persekutuan.
22. Kecauli setakat yang konteksnya menghendaki makna yang lain, sebutan dalam Jadual ini mengenai Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai Jadual ini.
____________________________________________
CATATAN
Jadual Kedua:
BAHAGIAN III
1. Dinomborkan sedemikian olej Akta 26/1963, perenggan 24(1)(a), berkuat kuasa dari 16-9-1963, yang juga memasukkan perkataan "Perlembagaan ini" selepas "Bahagian III" di mana-mana jua terdapat dalam Bahagian itu. Seksyen-seksyen yang terlibat ialah 1, 2, 4, 6, 10(1)(d), 16(1)(a), 19, 20(1), (2), (3), 21.
2. Lihat Per. 159(4)(a).
Seksyen 2: Lihat catatan halaman sebelum ini.
Seksyen 3: Seksyen ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(b), berkuat kuasa dari 1-12-1960:
"3. Bagi maksud Bahagian III dan Jadual ini Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menjadi pihak berkuasa pendaftaran.".
Seksyen 4:
1. Seksyen yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(c), berkuat kuasa dari 1-12-1960. Seksyen ini dipinda seperti yang berikut:
(a) oleh Akta 14/1962, subseksyen 27(1), berkuat kuasa dari 1-10-1962, yang menggantikan perkataan "Jadual ini" dengan "atau Jadual ini yang berhubung dengan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penyimpanan daftar-daftr, dan berhubungan dengan perintah-perintah di bawah peranggan (c) Fasal (1) Perkara 25 atau di bawah Perkara 26, mana-mana fungsinya di bawah Perkara 27 sebelum memutuskan sama ada hendak membuat suatu perintah yang sedemikian;";
(b) oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-9-1963, yang menomborkan semula seksyen ini sebagai "4. (1)" dan menambah subseksyen (2) dan (3);
(c) oleh Akta 59.1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, yang memotong perkataan "atau Singapura" yang terdapat selepas "Negeri Borneo" dalam subseksyen (2);
(d) subseksyen (1): Perkataan "Gabenor" digantikan dengan "Yang di-Pertua Negeri" oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-8-1976;
(e) subseksyen (2): Perkataan "Gabenor" digantikan dengan "Yang di-Pertua Negeri" oleh Akta A354 seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-8-1976 dan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

2. Seksyen 4 yang asal berbunyi seperti berikut:

"4. Pihak berkuasa pendaftaran boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawainya, atau, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Gabenor mana-mana Negeri, kepada mana-mana pegawai Kerajaan Persektuan atau Kerajaan Negeri itu, mana-mana fungsinya di bawah Bahagian III atau Jadual ini; tetapi mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan seseorang yang kepadanya fungsi pihak berkuasa itu diwakilkan sedemikian boleh merayu kepada pihak berkuasa itu.".
3. Perwakilan-perwakilan yang berikut telah dibuat:
(a) di bawah subseksyen (1):
P.U.)S.B.) 114/1957, 10-12/1958, 22-27/1958, 29/1958. 37-38/1958, 47-51/1958, 56/1958, 135-140/1958, 233-235/1958, 255-256/1958, 72/1959;
(b) di bawah subseksyen (2):
P.U. 39/1964.
Subseksyen (3): Per. 19A yang disebut dalam subseksyen ini dimansuhkan.
Seksyen 5: Seksyen ini yang dimansuhkan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(d), berkuat kuasa dari 1-12-1960, berbunyi seperti berikut:
"5. Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa pendaftaran boleh merayu kepada Mahkamah Besar atas perkara undang-undang, tetapi kecuali sebagaimana yang disebut terdahulu keputusan pihak berkuasa pendaftaran di bawah Bahagian III tidaklah tertakluk kepada rayuan atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.".
Seksyen 6: 
1. Seksyen yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(f), berkuat kuasa dari 1-12-1960. Akta 26/ 1963, subseksyen 33(3)-lihat Jadual 3 Bahagian IV, perenggan 10-memotong perkataan "dan Jadual ini" yang terdapat di hujungnya. Seksyen yang asal berbunyi seperti yang berikut:
"6. Tertakluk kepada undang-undang persekutuan, Menteri dan pihak berkuasa pendaftaran boleh membuat kaedah-kaedah dan menetapkan borang-borang bagi maksud menjalankan fungsi mereka masing-masing di bawah Bahagian III dan Jadual ini.".
2. Lihat seksyen 16(1)(c).
3. Lihat Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964, dalam P.U. 82/1964 sebagaimana yang dipinda oleh P.U. 346/1964, 44/1965, 369/1966, 426/1966.
Seksyen 7: Seksyen yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, perenggan 33(3) berkuat kuasa dari 16-9-1963, dan menggantikan sekyen yang dahulu yang berbunyi seperti yang berikut:
"7. Kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah perenggan (d) Fasal (1) Perkara 14 untuk membenarkan tempoh yang lebih lama bagi pendaftaran sesuatu kelahiran boleh dijalankan sama ada sebelum atau selepas pendaftaran itu telah dilaksanakan.".
Seksyen 8: Seksyen ini yang dimansuhkan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(g), berkuat kuasa dari 1-12-1960, berbunyi seperti yang berikut:

"8. Jika sesuatu perakuan naturalisasi diberikan di bawah Perkara 19 atau Perkara 20, Menteri hendaklah menghantar suatu salinan perakuan itu kepada pihak berkuasa pendaftaran.".
Seksyen 9: Lihat sekyen 18.
Seksyen 10:
1. Seksyen ini yang dimansuhkan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(h), berkuat kuasa dari 1-12-1960. Seksyen ini dipinda seperti yang berikut:
(a) oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-9-1963 yang-
(i) memasukkan perkataan "Fasal (1)" sebelum "Perkara 30" dalam perenggan (1)(c);
(ii) memasukkan perenggan (1)(e) dan (f) sebagai menggantikan perenggan (e) yang berbunyi seperti berikut:
"(e) sesuatu indeks megikut abjad bagi bagi semua orang yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), dan (d) dalam subseksyen ini.";
(iii) menggantikan subseksyen yang dahulu dengan subseksyen (2) yang berbunyi seperti yang berikut:
'(2) Bagi maksud seksyen ini-
"warganegara melalui pendaftran" termasuklah seseorang warganegara yang mana-mana
perenggan (selain perenggan (c)) Fasal (1) Perkara 28 terpakai baginya dan seorang warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 170;
"warganegara melalui penaturalisasian" termasuklah seseorang warganegara yang perenggan (c)
Fasal (1) Perkara 28 terpakai baginya.'"
(b) oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965 yang-
(i) memansuhkan perenggan (1)(e) yang berbunyi seperti berikut:
"(e) suatu daftar orang yang didaftarkan di bawah Perkara 19A sebagai warganegara yang bukan warganegara Singapura,",
dan menggantikan perkataan "(a) hingga (e)" dalam perenggan (1)(f) dengan "(a) hingga (d)";

(ii) menggantikan dalam subseksyen (2), perkataan "Perkara 28 dan 28A" dengan "Perkara 28" dan perkataan "baginya Perkara-Perkara itu terpakai, dikecualikan bahawa "warganegara melalui pendaftaran" tidak termasuk mana-mana warganegara Singapura' dengan "baginya Perkara itu terpakai.".
2. Lihat seksyen 11.
Subseksyen (1)(e) dan (2): Lihat catatan di halaman sebelum ini.
Seksyen 11:
1. Perkataan "pihak berkuasa pendaftaran" dan "pihak berkuasa" digantikan dengan "Menteri", dan perkataan "ia" yang terdapat selepas "seksyen 10, maka" digantikan dengan "dia" oleh Akta 14/1962, Jadual seksyen 14(b), berkuat kuasa dari 1-12-1960.
2. Lihat seksyen 12.
Seksyen 13 hingga 15: Seksyen-seksyen ini berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(i) berkuat kuasa dari 1-12-1960:
"13. Bagi maksud menetapkan apa-apa persoalan fakta yang bukti mengenainya diperlukan bagi mana-mana orang yang mendakwa menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, atau bagi pendaftaran sebagai seorang warganegara, pihak berkuasa pendaftaran berhak mengemukakan apa-apa soalan kepada orang itu, atau mana-mana orang lain, sebagaimana yang difikirkannya perlu; dan melainkan jika pihak berkuasa itu mempunyai sebab untuk meragui tentang betulnya jawapan kepada mana-mana soalan itu, jawapan itu hendaklah diterima sebagai betul.
14. Tanpa menjejaskan seksyen 13, jika mana-mana orang menyatakan bahawa dia telah mencapai umur yang tertentu maka pernyataan itu bolehlah, melainkan jika pihak berkuasa pendaftaran atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai sebab untuk meragui betulnya pernyataan itu, diterima sebagai betul walaupun orang itu tidak dapat menentukan tarikh lahirnya; dan mana-mana orang yang mendakwa dirinya dilahirkan sah taraf hendaklah dikira dilahirkan sedemikian melainkan jika pihak berkuasa pendaftaran atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai sebab untuk menyatakan bahawa di dilahirkan tidak sah taraf.
15. Jika pihak berkuasa pendaftaran berpuas hati dengan semua perkara yang dikehendaki oleh perkara 17 bagi maksud sesuatu permohonan pendaftaran di bawah Perkara itu, mereka hendaklah memberikan notis yang bermaksud sedemikian kepada Menteri, dan melainkan jika dalam suatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri bagi maksud seksyen ini Menteri mengarahkan selainnya, pihak berkuasa itu hendaklah mendaftarkan pemohon itu dengan sewajarnya.".
Seksyen 16: Seksyen yang asal yang berbunyi seperti yang berikut digantikan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(j), berkuat kuasa dari 1-12-1960, dengan seksyen yang mempunyai dua subseksyen:
"16. Menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama dua tahun atau denda seribu ringgit atau kedua-duanya bagi seseorang yang dengan disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu dengan tujuan mendorong pihak berkuasa pendaftaran atau Menteri supaya meluluskan atau menolak mana-mana permohonan di bawah Bahagian III, termasuk apa-apa permohonan bagi menentukan sama ada permohonan itu ialah seorang warganegara melalui kuat kuasa undang-undang.".
Subseksyen (2) yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "atau di bawah Perlembagaan Negeri Singapura atau mana-mana undang-undang terdahulu yang berhubungan denga kewarganegaraan Singapura" yang terdapat selepas "Perlembagaan ini" dipotong oleh Akta 59/1996, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965. Subseksyen (2) yang dimasukkan oleh Akta 10/1960 berbunyi seperti yang berikut:
"(2) Dalam seksyen ini "perakuan" ertinya-
(a) apa-apa perakuan pendaftran sebagai warganegara yang diberikan di bawah Perkara 15, 16, 17, atau 170;
(b) apa-apa perakuan pendaftaran sesuatu kelahiran di suatu Konsulat Malaya di bawah perenggan (d) Fasal (1) Perkara 14;
(c) apa-apa perakuan naturalisasi yang diberikan di bawah Perkara 19 atau 20;
(d) apa-apa perakuan kewarganegaraan yang dikeluarkan di bawah Perkara 30.".
Seksyen 17: Seksyen ini yang dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-9-1963, menggantikan seksyen yang dahulu yang berbunyi seperti yang berikut:
"17. Berhubung dengan seseorang yang tidak sah taraf, Perkara 14 dan 15 hendaklah berkuat kuasa seolah-olah sebutan mengenai bapanya, dan Fasal (2)(c) Perkara 14 seolah-olah sebutan mengenai ibu atau bapanya itu, telah digantikan dengan sebutan mengenai ibunya dan seolah-olah seksyen 19 Jadual ini telah ditinggalkan; dan sebutan dalam Perkara 15 dan Jadual ini mengenai ibu atau bapanya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.".
Seksyen 18: Perkataan "Fasal (3)" yang terdapat sebelum "Perkara 15" dimasukkan oleh Akta 25/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-9-1963, yang juga menggantikan perkataan "Perkara itu dan" dengan "Fasal itu dan seksyen 9 Bahagian ini".
Seksyen 19: 
1. Ayat yang terakhir ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 33, berkuat kuasa dari 16-9-1963.
2. Lihat seksyen 17.

Seksyen 19A hingga 19C:
Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 24(2), berkuat kuasa dari 16-9-1963.
Seksyen 20: Seksyen yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 14/1962, subseksyen 27(2), berkuat kuasa dari 1-10-1962. Subseksyen (4) yang ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-9-1963, dipinda oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, dengan memotong perkataan "atau Singapura" yang terdapat selepas "Negeri-Negeri Borneo". Seksyen yang asal berbunyi seperti yang berikut:
"20. Pada menghitung tempoh kemastautinan di dalam Persekutuan bagi maksud Bahagian III-
(a) tempoh tidak berada di dalam Persekutuan selama kurang daripada enam bulan;
(b) tempoh tidak berada di dalam Persekutuan bagi maksud apa-apa jenis pendidikan, di mana-mana negeri dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan dari semasa ke semasa sama ada secara am atau secara kahs oleh Menteri; dan
(c) tempoh tidak berada di dalam Persekutuan atas sebab-sebab kesihatan atau apa-apa sebab lain yang ditetapkan secara am atau secara khas oleh Menteri,
hendaklah dikira sebagai kemastautinan di dalam Persekutuan, dan bagi maksud Bahagian III seseorang hendaklah disifatkan bermastautin di dalam Persekutuan pada sesuatu hari tertentu jika dia telah bermastautin di dalam Persekutuan sebelum hari itu dan hari itu dimasukkan dalam apa-apa tempoh yang tidak berada di dalam Persekutuan seperti yang disebut terdahulu.".
Subseksyen (1)(d): Lihat seksyen 20(4).
Subseksyen (3): Lihat seksyen 20(4).
Seksyen 20(4): Perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
Seksyen 21: Perkataan "konsulat Malaya" digantikan dengan "konsulat Persekutuan" oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-9-1963.
Seksyen 22: ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Jadual Kedua-Bahagian II


-Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia.

JADUAL KEDUA
BAHAGIAN II
[Perkara 14(1)(b)]
KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA
UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR 
PADA ATAU SELEPAS HARI MALAYSIA

1. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persektuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan sesuatu Negeri; dan
(c) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam mana-mana hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu konsulat Persektuan atau, jika kelahiran itu berlaku di Brunei atau di sesuatu wilayah yang di tetapkan bagi maksud ini melalui perintah Yang di-Pertuan Agong, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan; dan
(d) tiap-tiap orang yang lahir si Singapura dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan orang itu pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara selain menurut kuasa perenggan ini; dan
(e) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa perenggan ini.
2. (1) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa peranggan (a), (d) atau (e) seksyen 1 jika, pada masa itu dia lahir, bapanya, yang bukan seorang warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan proses undang-undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa berdaulat yang di watikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau jika bapanya ketika itu seorang orang asing musuh dan kelahiran itu berlaku di suatu tempat di bawah pendudukan musuh.
(2) Dalam seksyen (1), sebutan dalam perenggan (b) mengenia seseorang yang lahir di Persekutuan termasuklah
kelahiran sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak.
(3) Bagi maksud perenggan (e) seksyen 1, seseorang akan dikira sebagai mempunyai, pada masa dia lahir, apa-apa
kewarganegaraan yang diperolehnya dalam masa satu tahun kemudiannya menurut kuasa mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan perenggan (c) seksyen itu selainnya.
____________________________________________
CATATAN
Jadual Kedua:
BAHAGIAN II
1. Ditambahkan oleh Akta 26-1963, subseksyen 24(1), berkuat kuasa dari 16-9-1963, Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, memotong sebutan yang berikut mengenai Singapura dan warganegara Singapura:
(a) Tajuk-perkataan "SELAIN WARGANEGARA SINGAPURA" yang terdapt di hujungnya:
(b) Seksyen 1(a) dan (e)-perkataan "atau di luar Singapura" yang terdapat selepas "di Persekutuan";
(c) Seksyen 1(a)-perkataan ",tetapi bukan seorang warganegara Singapura," yang terdapat selepas "ialah seorang warganegara";
(d) Seksyen 1(b), (c) dan (d)-perkataan "'tetapi bukan seorang warganegara Singapura," yang terdapat selepas "pada masa kelahiran itu ialah seorang warganegara";
(e) Seksyen 2(2)-perkataan "atau Singapura" yang terdapat di hujungnya. Perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
2. Lihat Bahagian III, seksyen 19A-19C.
Seksyen 1(a) dan (d): Lihat seksyen 2(1).
Seksyen 1(b): Lihat seksyen 2(2).
Seksyen 1(c): Lihat seksyen 2(3).
Seksyen 1(e): Lihat seksyen 2(1), (3).

Jadual Kedua-Bahagian I


Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir sebelum Hari Malaysia.

JADUAL KEDUA
[Perkara 39]
BAHAGIAN I
[Perkara 14(1)(a)]
KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA
UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR
SEBELUM HARI MALAYSIA

1. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini dan kepada apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya sebelum Hari Malaysia, orang yang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, sama ada melalui kuat kuasa undang-undang atau selainya;
(b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka tetapi sebelum bulan Oktober 1962;
(c) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan selepas bulan September 1962, dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan, atau tiap-tiap orang yang pada masa di lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain;
(d) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan di bawah Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri;
(e) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara, jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu seorang warganegara, jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang telah dibenarkan atau dibenarkan oleh Persektuan dalam mana-mana hal tertentu atau, jika kelahiran itu berlaku di Singapura, Sarawak, Brunei atau Borneo Utara, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan.
(2) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa peranggan (b) atau (c) subseksyen (1) jika, pada masa dia lahir,
bapanya, yang bukan seorang warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan proses undang-undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa bedaulat yang diwatikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
2. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, seseorang yang biasanya bermastautin di Negeri Sabah atau Sarawak atau di Brunei pada Hari Malaysia ialah seorang warganegara melalui kuat kuasa undang-undang jika sebaik sebelum hari itu dia seorang warganegara United Kingdom dan Tanah-Tanah Jajahan, dan sama ada-
(a) telah lahir di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak; atau
(b) telah menjadi seorang warganegara sedemikian melalui pendaftaran di wilayah-wilayah aitu atau melalui atau berikutan dengan penaturalisasian di wilayah-wilayah itu.
____________________________________________
CATATAN
Jadual Kedua:
BAHAGIAN I
1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 24(1), berkuat kuasa dari 16-9-1963. Tajuk dipinda oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, dengan memotong perkataan "selain warganegara Singapura" yang terdapat di hujungnya.
2. Seksyen 2: Perkataan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" dan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
3. Lihat Bahagian III, seksyen 19A-19C.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - BAHAGIAN XV - PROSIDING TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN



Perkara 182. Mahkamah Khas.
----------------------------------------------

(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.



(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).



(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa khusus untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu negeri walau di mana-mana pun kuasa tindakan berbangkit.



(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunnyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletak hak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabar pendaftarannya di Kuala Lumpur.



(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan tatacara (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah undang-undang yang mengawal selia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan tatacara yang terpakai dalam mana-mana prosiding di dalam mana-mana mahkamah, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding di dalam Mahkamah Khas.



(6) Prosiding di dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoritu anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.



(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa jua pun kesulitan atau anomali dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam perlaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini; dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boeh membuat apa-apa jua pun pengubahsuaian, adaptasi, pengubahan, pertukaran atau pindaan kepada mana-mana undang-undang bertulis.


____________________________________________
CATATAN

Bahagian XV, Per. 182:
Ditambahkan oleh Akta A848, seksyen 7A, berkuat kuasa dari 30-3-1993.
Catatan:
Tiada apa-apa jua prosiding boleh dibawa didalam mana-mana mahkamah atau didalam Mahkamah Khas terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada olehnya sebelum permulaan kuat kuasa Akta perlembagaan (Pindaan) 1993-Lihat seksyen 8 Akta A848.
Per. 182:
Fasal (1): Perkataan "Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung" dan "Agung" digantikan dengan "Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan" dan "Persekutuan" oleh Akta A885, seksyen 42, berkuat kuasa dari 24-6-1994.
Fasal (4) dan (5): Perkataan "Agung" digantikan dengan perkataan "Persekutuan" oleh Akta A885, seksyen 42, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong





Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong



  1. Mana-mana daripada sembilan buah negeri beraja di Malaysia layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali jika:
    • baginda seorang remaja, atau
    • baginda telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda tidak mahu dipilih, atau
    • Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa baginda tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong disebabkan kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh sebab-sebab lain.
  2. Sebarang ketetapan tentang memilih Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diluluskan melainkan mendapat sokongan lima orang daripada sembilan anggota Majlis Raja-raja.
  3. Majlis Raja-raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada raja yang layak untuk dipilih, yang negeri baginda ialah negeri yang pertama dalam senarai pemilihan.
  4. Apabila raja yang ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong menerima jawatan itu, Majlis Raja-raja hendaklah mengisytiharkan itu sebagai dipilih.
  5. Kemudian, Penyimpan Mohon Besar Raja-raja, selaku Setiausaha Majlis Raja-raja, selaku Setiausaha Majlis Raja-raja hendaklah memberitahu keputusan itu secara bertulis kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  6. Yang di-Pertuan Agong mesti mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dihadapan Majlis Raja-raja dan Ketua Hakim Negara.
  7. Gelaran penuh Yang di-Pertuan Agong ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.



Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong

  1. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara dan merupakan raja berperlembagaan.
  2. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Sarawak, Melaka, Pulau Pinang dan negeri baginda.
  3. Yang di-Pertuan Agong lambang kedaulatan dan perpaduan negara.
  4. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong mengatasi semua orang dalam Persekutuan, iaitu keutamaan baginda mengatasi semua orang.
  5. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamh Khas Raja-raja.
  6. Kuasa Eksekutif negara adalah dalam tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan Kabinet.
  7. Yang di-Pertuan Agong ialah kompenan badan perundangan persekutuan tetapi baginda tidak mengambil bahagian dalam persidangannya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jadual Ketiga-Pemilihan Yang di-pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

JADUAL KETIGA
[Perkara 32 dan 33]
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan 
Timbalan Yang di-Pertuan Agong
BAHAGIAN I
PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG

1. (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika-
(a) Raja itu belum dewasa: atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau
(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.

(2) Sesuatu ketetapan di bawah seksyen ini tidak boleh diluluskan melainkan jika sekurang-kurangnya lima orang anggota Majlis itu telah mengundi menyokongnya.
2. Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang Negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan yang diperihalkan dalam seksyen 4 dan, jika Raja itu tidak menerima jawatan itu, menawarkan jawatan itu kepada Raja yang Negerinya ialah yang berikut selepas Negeri yang pertama dalam senarai itu, dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan itu.
3. Apabila Raja yang telah ditawarkan kepadanya jawatan Yang di-Pertuan Agong mengikut seksyen 2 menerima jawatan itu, Majlis Raja-Raja hendaklah mengisytiharkan Raja itu sebagai dipilih dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memberitahu keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada kedua-dua Majlis Parlimen.
4. (1). Senarai pemilihan itu-
(a) bagi maksud pemilihan pertama hendaklah suatu senarai yang memasukkan Negeri semua Raja mengikut susunan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja mengiktiraf keutamaan antara mereka sendiri ketika itu;
(b) bagi maksud pemilihan yang kemudiannya hendaklah senarai sebagaimana yang diubah mengikut subseksyen (2) sehingga senarai itu disusun semula di bawah subseksyen (3), dan kemudiannya senarai pemilihan itu hendaklah senarai yang disusun semula sedemikian, tetapi diubah, bagi maksud pemilihan seterusnya, megikut subseksyen (4).

(2) Senarai yang berkuat kuasa pada pemilihan pertama hendaklah diubah seperti yang berikut:

(a) selepas setiap pemilihan, mana-mana Negeri dalam senarai itu yang mendahului Negeri yang Rajanya telah dipilih hendaklah dipindahkan (mengikut susunan Negeri-Negeri yang ada dalam senarai ketika itu) ke hujung senarai tu, dan Negeri yang Rajanya telah dipilih itu hendaklah ditinggalkan;
(b) apabila ada sesuatu perubahan Raja sesuatu Negeri yang ada dalam senarai ketika itu, Negeri itu hendaklah dipindahkan ke hujung senarai itu (dan jika pada hari yang sama ada perubahan Raja bagi lebih daripada satu negeri yang sedemikian, Negeri-Negeri itu hendaklah dipindahkan sedemikian mengikut susunan yang ada dalam senarai ketika itu).

(3) Apabila tiada Negeri lagi berada dalam senarai itu sebagaimana yang diubah mengikut subseksyen (2), atau jika pada sesuatu pemilihan tiada Raja sesuatu Negeri dalam senarai itu layak dipilih atau menerima jawatan, senarai pemilihan itu hendaklah disusun semula supaya dimasukkan sekali lagi Negeri-Negeri bagi semua Raja, tetapi mengikut susunan yang berikut, iaitu, Negeri-Negeri yang Rajanya telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong mengikut susunan Raja-Rajanya telah memegang jawatan itu, dan yang lain-lain (jika ada) selepas Negeri-Negeri itu mengikut susunannya dalam senarai itu sebelum senarai itu disusun semula.
(4) Selepas setiap pemilihan yang diadakan mengikut senarai yang disusun semula itu, senarai itu hendaklah diubah seperti yang berikut:
(a) mana-mana Negeri dalam senarai itu yang mendahului Negeri yang Rajanya telah dipilih, hendaklah dipindahkan (mengikut susunan Negeri-Negeri itu dalam senarai ketika itu) ke hujung senarai itu; dan
(b) Negeri yang rajanya telah dipilih hendaklah kemudiannya diletakkan kemudian sekali.
BAHAGIAN II
PEMILIHAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

5. Seseorang Raja layak dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong melainkan jika-

(a) Raja itu tidak layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong; atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat untuk dipilih.
6. Majlis Raja-Raja tidak boleh memilih seorang Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa jawatan Yang di-Pertuan agong kosong.
7. Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, iaitu Raja yang pertama sekali berhak ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong apabila mangkat Yang di-Pertuan Agong yang akhir sekali dipilih dan, jika Raja itu tidak menerima jawatan itu, menawarkan jawatan itu kepada Raja yang kemudian selepasnya dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan itu.
BAHAGIAN III
PEMECATAN YANG DI-PERTUAN AGONG

8. Sesuatu ketetapan Majlis Raja-Raja untuk memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan tidak boleh diluluskan melainkan jika sekurang-kurangnya lima orang anggota Majlis itu telah mengundi menyokongnya.
BAHAGIAN IV
AM

9. (Dimansuhkan)
10. Dalam seksyen 4(3), ungkapan "Raja" termasuklah seseorang bekas Raja.
____________________________________________
CATATAN
Jadual Ketiga:
Lihat Per. 160(2) takrif "Raja".
Tajuk: Perkataan "Timbalan Kepala Umum Negara" digantikan dengan "Timbalan Yang di-Pertuan Agong" oleh Akta A354, seksyen 11, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
BAHAGIAN I
Seksyen 2: Lihat seksyen 3.

Jadual Ketiga, Bahagian II
Tajuk: Perkataan "TIMBALAN KEPALA UTAMA NEGARA" digantikan dengan "TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG" oleh Akta A354, seksyen 11, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
Seksyen 5, 6 dan 7: Perkataan "Timbalan Kepala Utama Negara" digantikan dengan "Timbalan Yang di-Pertuan Agong" oleh Akta A354, seksyen 11, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
Jadual Ketiga, Bahagian IV
Seksyen 9:
Seksyen ini yang berbunyi seperti berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:
"9. Suatu pilihan raya yang diadakan mengikut Jadual ini sebelum Hari Merdeka adalah sah dan hendaklah berkuat kuasa pada hari itu.".

Jabatan Perdana Menteri Dan Agensi-agensi Pusat





Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya

  1. Jabatan Perdana Menteri ialah jabatan yang paling penting antara semua kementerian dalam pentadbiran awam Kerajaan Persekutuan
  2. Jabatan Perdana Menteri Berfungsi seperti Pejabat Ketua Setiausaha Negeri atau Pejabat Ketua Menteri yang merupakan jabatan utama di peringkat negeri.
  3. Fungsi-fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut:
    • merancang, merumuskan, dan menyelaraskan segala dasar negara
    • menentukan pelaksanaan dasar negara oleh kementerian lain adalah cekap dan berkesan
    • mengurus Majlis Perancang Negara, Majlis Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, dan Majlis Khidmat Negara.



Agensi-Agensi Pusat

  1. Agensi-agensi pusat membantu perlaksanaan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
  2. Tugas utama agensi-agensi pusat adalah untuk membantu, menyelaraskan, dan mengawal kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.
  3. Pakar perunding dan pakar penyelidik menjalankan bidang tugas masing-masing dalam agensi-agensi pusat.
  4. Terdapat lima buah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri, iaitu:
    • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    • Unit Perancang Ekonomi (EPU)
    • Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
    • Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)
    • Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  • Perbendaharaan Malaysia, terletak di bawah Kementerian Kewangan.



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar kerajaan yang berkenaan dengan perkhidmatan awam.
  2. Fungsi-fungsi JPA adalah seperti berikut:
    • menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja kakitangan kerajaan
    • mewujudkan kekosongan jawatan kakitangan awam Persekutuan
    • menggubal gaji skim Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
    • membincangkan kenaikan gaji, elaun, dan pencen kakitangan kerajaan melalui wakil masing-masing.
    • berbincang dengan bahagian Perbendaharaan Malaysia tentang penambahan kakitangan kerajaan, kenaikan gaji, bonus, dan insentif
    • mengelolakan dan mentadbirkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
    • menyediakan kemudahan biasiswa dan hadiah latihan untuk kakitangan kerajaan melalui INTAN
    • memutuskan pertukaran dan penghantaran kakitangan kerajaan ke tempat atau jawatan yang sesuai



Unit Perancang Ekonomi (EPU)


Fungsi-fungsi EPU

  1. membantu kerajaan merancang ekonomi negara
  2. menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara, Jawantankuasa Perancang Pembangunan Negara, Jawantankuasa Pelaburan Antarabangsa
  3. membantu perancangan Rancangan Malaysia Lima Tahun untuk Kabinet
  4. mengkaji kejayaan yang telah dicapai sewaktu Rancangan-Rancangan Lima Tahun dilaksanakan.
  5. menyelaraskan dan memastikan badan-badan kerajaan melaksanakan projek-projek ekonomi yang telah diluluskan
  6. menasihati kerajaan tentang isu-isu ekonomi negara dan antarabangsa
  7. menjadi urus setia kepada Progran Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme - MTCP) untuk negara-negara sedang membangun



Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)



Fungsi-fungsi (ICU)


  1. Memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat yang diharapkan oleh kerajaan; misalnya Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, dan Dasar Pandang ke Timur
  2. Menyelaraskan usaha antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sewaktu melaksanakan program-program pembangunan
  3. Menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negara
  4. Mengawasi agensi-agensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS, PNS, HICOM, dan MISC supaya kegiatannya selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional
  5. Membantu kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian
  6. Melaksanakan tugas-tugas khas seperti:
    • menyediakan pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera
    • membasmikan kemiskinan relatif
    • menyusun semula masyarakat dengan meningkatkan keupayaan sektor swasta golongan bumiputera


Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)

Fungsi-fungsi SERU
  1. mengkaji kesan-kesan dasar kerajaan dan program-program pembangunan negara terhadap rakyat
  2. Mengkaji dan mendapatkan maklumat dan data untuk membolehkan kerajaan merangka program baru
  3. Menjalankan penyelidikan tentang pembangunan pertanian, pembangunan luar bandar, kemajuan perindustrian, dan kesan-kesan perbandaran terhadap sosioekonomi negara.
  4. Membekalkam maklumat sosioekonomi kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta badan-badan kerajaan yang lain untuk perancangan pembangunan negara

UnitPemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Fungsi-fungsi MAMPU

  1. Mencadangkan pembaharuan dalam cara-cara pengurusan pejabat-pejabat kerajaan
  2. Meningkatkan kecekapan di kalangan kakitangan kerajaan
  3. Memodenkan sistem pentadbiran awam dengan memperkenalkan penggunaan komputer   dan kaedah komunikasi moden seperti Internet
  4. Mengadakan Program Kualiti dan Produktiviti, Program Kerajaan Elektronik, Pembangunan MS ISO 9000, dan sebagainya
  5. Memberikan khidmat rundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan
Rujukan:
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I.Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor