
Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya
- Jabatan Perdana Menteri ialah jabatan yang paling penting antara semua kementerian dalam pentadbiran awam Kerajaan Persekutuan
- Jabatan Perdana Menteri Berfungsi seperti Pejabat Ketua Setiausaha Negeri atau Pejabat Ketua Menteri yang merupakan jabatan utama di peringkat negeri.
- Fungsi-fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut:
- merancang, merumuskan, dan menyelaraskan segala dasar negara
- menentukan pelaksanaan dasar negara oleh kementerian lain adalah cekap dan berkesan
- mengurus Majlis Perancang Negara, Majlis Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, dan Majlis Khidmat Negara.
Agensi-Agensi Pusat
- Agensi-agensi pusat membantu perlaksanaan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
- Tugas utama agensi-agensi pusat adalah untuk membantu, menyelaraskan, dan mengawal kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.
- Pakar perunding dan pakar penyelidik menjalankan bidang tugas masing-masing dalam agensi-agensi pusat.
- Terdapat lima buah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri, iaitu:
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Unit Perancang Ekonomi (EPU)
- Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
- Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)
- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
- Perbendaharaan Malaysia, terletak di bawah Kementerian Kewangan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar kerajaan yang berkenaan dengan perkhidmatan awam.
- Fungsi-fungsi JPA adalah seperti berikut:
- menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja kakitangan kerajaan
- mewujudkan kekosongan jawatan kakitangan awam Persekutuan
- menggubal gaji skim Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
- membincangkan kenaikan gaji, elaun, dan pencen kakitangan kerajaan melalui wakil masing-masing.
- berbincang dengan bahagian Perbendaharaan Malaysia tentang penambahan kakitangan kerajaan, kenaikan gaji, bonus, dan insentif
- mengelolakan dan mentadbirkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
- menyediakan kemudahan biasiswa dan hadiah latihan untuk kakitangan kerajaan melalui INTAN
- memutuskan pertukaran dan penghantaran kakitangan kerajaan ke tempat atau jawatan yang sesuai
Unit Perancang Ekonomi (EPU)
Fungsi-fungsi EPU
- membantu kerajaan merancang ekonomi negara
- menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara, Jawantankuasa Perancang Pembangunan Negara, Jawantankuasa Pelaburan Antarabangsa
- membantu perancangan Rancangan Malaysia Lima Tahun untuk Kabinet
- mengkaji kejayaan yang telah dicapai sewaktu Rancangan-Rancangan Lima Tahun dilaksanakan.
- menyelaraskan dan memastikan badan-badan kerajaan melaksanakan projek-projek ekonomi yang telah diluluskan
- menasihati kerajaan tentang isu-isu ekonomi negara dan antarabangsa
- menjadi urus setia kepada Progran Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme - MTCP) untuk negara-negara sedang membangun
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Fungsi-fungsi (ICU)
- Memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat yang diharapkan oleh kerajaan; misalnya Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, dan Dasar Pandang ke Timur
- Menyelaraskan usaha antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sewaktu melaksanakan program-program pembangunan
- Menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negara
- Mengawasi agensi-agensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS, PNS, HICOM, dan MISC supaya kegiatannya selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional
- Membantu kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian
- Melaksanakan tugas-tugas khas seperti:
- menyediakan pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera
- membasmikan kemiskinan relatif
- menyusun semula masyarakat dengan meningkatkan keupayaan sektor swasta golongan bumiputera
Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)
Fungsi-fungsi SERU
- mengkaji kesan-kesan dasar kerajaan dan program-program pembangunan negara terhadap rakyat
- Mengkaji dan mendapatkan maklumat dan data untuk membolehkan kerajaan merangka program baru
- Menjalankan penyelidikan tentang pembangunan pertanian, pembangunan luar bandar, kemajuan perindustrian, dan kesan-kesan perbandaran terhadap sosioekonomi negara.
- Membekalkam maklumat sosioekonomi kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta badan-badan kerajaan yang lain untuk perancangan pembangunan negara
UnitPemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Fungsi-fungsi MAMPU
- Mencadangkan pembaharuan dalam cara-cara pengurusan pejabat-pejabat kerajaan
- Meningkatkan kecekapan di kalangan kakitangan kerajaan
- Memodenkan sistem pentadbiran awam dengan memperkenalkan penggunaan komputer dan kaedah komunikasi moden seperti Internet
- Mengadakan Program Kualiti dan Produktiviti, Program Kerajaan Elektronik, Pembangunan MS ISO 9000, dan sebagainya
- Memberikan khidmat rundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan
Rujukan:
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I.Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor
No comments:
Post a Comment