Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).
Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:-
- bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin
- memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan
- membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
- mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah menulis surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-
- Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
- berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih
- beliau menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika hilang kelayakan menurut undang-undang
Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan persidangan.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA (tempoh 28 April 2008 hingga kini).
Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat
YB Dato' Haji Mohamad Noah bin Omar 11.09.1959 - 17.05.1964 | YB Dato' Syed Esa bin Alwee 18.05.1964 - 24.11.1964 | YB Tan Sri Dato' Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman 25.11.1964 - 03.11.1974 | ||
YB Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood 04.11.1974 - 19.12.1977 | YB Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail 09.01.1978 - 16.03.1982 | Y. A. Bhg. Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail 14.06.1982 - 14.10.2004 | ||
YB Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin NgahTalib22.11.2004 - 27.04.2008 | YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia28.04.2008 - kini |
No comments:
Post a Comment