Dasar luar 1957–1969
Malaysia merupakan ahli Komanwel sejak tahun 1957, apabila memeterai Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British (AMDA) bersama United Kingdom yang mana Britain menjamin pertahanan Malaya (dan kemudiannya Malaysia). Kehadiran tentera British dan negara Komanwel lain adalah penting untuk keselamatan negara ketika menghadapi darurat (1948–1960) dan Konfrontasi Indonesia (1962–1966) yang tercetus oleh penggabungan Tanah Melayu dengan jajahan-jahan British lain iaitu Singapura, Sarawak dan Borneo Utara untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Jaminan pertahanan British tamat berikutan keputusan Britain untuk mengundurkan tenteranya dari kawasan timur Terusan Suez pada tahun 1967, lalu digantikan oleh [[]] 1971 with the Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) iaitu Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura bersepakat untuk bekerjasam dalam bidang pertahanan, serta “berunding” sekiranya Malaysia atau Singapuara menghadapi ancaman. FPDA masih berkuat kuasa, dan kelima-lima negara terlibat mempunyai Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu kekal yang bertapak di markas RMAF Butterworth, serta menganjurkan latihan tentera laut dan udara setiap tahun.
Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman (sehingga tahun 1970), Malaysia mendukung dasar luar yang teguh menyokong Komanwel dan menentang komunis. Selain itu, Malaysia turut giat menentang dasar aparteid yang menyaksikan Afrika Selatan meninggalkan Komanwel pada tahun 1961, serta menjadi ahli perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969, yang mana Tunku menjadi Setiausaha Agung pertama pada tahun 1971.
Dasar luar sejak 1969
Di bawah pimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn di bawah , Malaysia mengalihkan dasarnya ke arah pendirian berkecuali. Pada tahun 1971, ASEAN mengeluarkan Deklarasi Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (Zone of Peace, Freedom and Neutrality, ZOPFAN) yang berfahamanan berkecuali dan anti-nuklear. Malaysia menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan pada 1974 mengiktiraf Republik Rakyat China.
Peralihan dasar ini diteruskan dan dikukuhkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, yang mengetengahkan dasar regionalisme dan pro-Selatan dengan retorik yang adakalanya bernada anti-Barat. Beliau cuba menubuhkan sebuah Kumpulan Ekonomi Asia Timur sebagai alternatif kepada APEC, mengecualikan Australia, New Zealand dan benua Amerika. Sewaktu di bawah pimpinan beliau, Malaysia memeterai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan forum serantau ASEAN+3 bersama China, Jepun dan Korea Selatan. Beliau pernah berselisih dengan Perdana Menteri Australia Paul Keating, yang menyifatkan beliau sebagai “keras kepala” kerana enggan menyertai sidang kemuncak APEC di Seattle.
Malaysia memandang kerjasama serantau sebagai asas dasar luarnya. Malaysia menjadi pendukung utama bagi perluasan keanggotaan ASEAN agar menyertakan Laos, Vietnam, dan Myanmar, atas alasan bahawa “urusan membina” bersama ketiga-tiga negara ini, terutamanya Myanmar, akan memacu perubahan politik dan ekonomi. Malaysia juga menganggotai kumpulan ekonomi G-15 dan G-77.
Sungguhpun retorik Mahathir yang bernama anti-Barat, namun beliau bekerjasama rapat dengan negara Barat, serta melancarkan penentangan terhadap golongan pelampau Islam berikutan serangan 11 September 2001. Di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hubungan dengan negara Barat, terutamanya Australia, makin erat.
Keengganan Malaysia mengiktiraf Israel menjadi isu berikutan penyertaan Malaysia dalam angkatan pengamanan PBB berikutan krisis Israel-Lubnan 2006.
No comments:
Post a Comment