Friday, March 23, 2012

Bab 6 : Sistem Kehakiman Malaysia



Place of Justice-Malaysia
1.   PENDAHULUAN.

1.1  Mahkamah di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
1.1.1        Mahkamah Awam
1.1.2        Mahkamah Khas (Raja-raja)
1.1.3        Mahkamah Syariah
1.1.4        Mahkamah-mahkamah Khas
1.1.5        Badan Pengadilan lain.
2.   MAHKAMAH AWAM

2.1  Mahkamah bersifat terbuka semasa perbicaraan – orang ramai boleh mendengar kes yang dibicarakan
2.2  Kuasa tertinggi dari segi perundangan sehingga boleh menjatuhkan hukuman mati
2.3  Hakim2 dilantik oleh YDPA atas masihat PM setelah berbincang dengan Majlis Raja-raja.
2.4  Dapat dibahagi kepada dua (2)  
·         Mahkamah Atasan
-          Mahkamah Persekutuan
-          Mahkamah Rayuan
-          Mahkamah Tinggi Semenanjung
-          Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
·         Mahkamah Rendah
-      Mahkamah Sesyen
-     Mahkamah Majistret Kelas I
-      Mahkamah Majistret Kelas II (Mahkamah Majistret Tuntutan Kecil)
-      Mahkamah Penghulu (di Semenanjung sahaja)
3.  MAHKAMAH KHAS (Raja-raja)

3.1 Hanya mengendalikan kesalahan yang dibuat oleh YDPA dan Sultan.
3.2 Penghakiman dilakukan secara tertutup
3.3 Pengadilan dilakukan oleh -   Ketua Hakim Negara
                                                  -   Hakim2 Besar Mahkamah Tinggi
  -  2 orang hakim Mahkamah Atasan yang dilantik oleh Majlis2 Raja2
4.   MAHKAMAH SYARIAH

4.1  Hanya membicarakan kes2 kesalahan yang melibatkan agama Islam sahaja.
4.2  Mahkamah terdiri daripada - Mahkamah Rendah Syariah
-    Mahkamah Tinggi Syariah
-    Mahkamah Rayuan Syariah
5.   MAHKAMAH-MAHKAMAH KHAS

5.1  Mahkamah yang membicarakan kes2 kesalahan melibatkan golongan tertentu sahaja.
5.2  Antara Mahkamah Khas ialah -    Mahkamah Kanak-kanak
-      Mahkamah Tentera
-       Mahkamah Bumuputera Sabah da Sarawak
-       Mahkamah Perusahaan
-       Mahkamah Buruh
6.   BADAN PENGADILAN LAIN.

6.1  Bertujuan untuk menjaga keadilan masyarakat
6.2    Antara badan pengadilan ialah  -           Pesuruhjaya Khas bagi Cukai Pendapatan
-                      Badan tatatertib Majlis Peguam
-                      Badan tatatertib Majlis Perubatan Malaysia
-                      Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
-                      Tribunal Pengguna
-                      Tribunal Perumahan.


Yang di-Pertua Dewan Rakyat


Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).
Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:-
  • bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin
  • memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan
  • membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
  • mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat

Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah menulis surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-
  • Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
  • berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih
  • beliau menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika hilang kelayakan menurut undang-undang
Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan persidangan.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA (tempoh 28 April 2008 hingga kini).

Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YB Dato' Haji Mohamad Noah bin Omar

11.09.1959 - 17.05.1964
 
YB Dato' Syed Esa bin Alwee

18.05.1964 - 24.11.1964
 
YB Tan Sri Dato' Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman
25.11.1964 - 03.11.1974
     

YB Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood

04.11.1974 - 19.12.1977
 
YB Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail

09.01.1978 - 16.03.1982 
 
Y. A. Bhg. Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail

14.06.1982 - 14.10.2004
     
 
YB Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin NgahTalib22.11.2004 - 27.04.2008
 

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia28.04.2008 - kini
  

PARLIMEN


Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.
Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-12, dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 April, 2008. Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikan Ramli Ngah Talib.



Parlimen Malaysia
Coat of arms of Malaysia.png
Jenis
JenisDwidewan
DewanDewan Rakyat
Dewan Negara
Kepimpinan
Yang di-Pertua Dewan RakyatPandikar Amin Mulia, Barisan Nasional - UMNO
sejak 28 April 2008
Presiden Dewan NegaraYB Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang, Barisan Nasional -UMNO
sejak 26 April 2010
Struktur
Ahli286 (222 Ahli Parlimen dan 64 Senator)
Pilihanraya
Tempat mesyuarat
MalaysianParliament.jpg
Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur,Malaysia
Tapak web
http://www.parlimen.gov.my/
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.
Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-12, dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 April, 2008. Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikanRamli Ngah Talib.


Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia

DASAR LUAR - HIERARKI


Dasar luar 1957–1969

Malaysia merupakan ahli Komanwel sejak tahun 1957, apabila memeterai Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British (AMDA) bersama United Kingdom yang mana Britain menjamin pertahanan Malaya (dan kemudiannya Malaysia). Kehadiran tentera British dan negara Komanwel lain adalah penting untuk keselamatan negara ketika menghadapi darurat (1948–1960) dan Konfrontasi Indonesia (1962–1966) yang tercetus oleh penggabungan Tanah Melayu dengan jajahan-jahan British lain iaitu Singapura, Sarawak dan Borneo Utara untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Jaminan pertahanan British tamat berikutan keputusan Britain untuk mengundurkan tenteranya dari kawasan timur Terusan Suez pada tahun 1967, lalu digantikan oleh [[]] 1971 with the Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) iaitu Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura bersepakat untuk bekerjasam dalam bidang pertahanan, serta “berunding” sekiranya Malaysia atau Singapuara menghadapi ancaman. FPDA masih berkuat kuasa, dan kelima-lima negara terlibat mempunyai Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu kekal yang bertapak di markas RMAF Butterworth, serta menganjurkan latihan tentera laut dan udara setiap tahun.
Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman (sehingga tahun 1970), Malaysia mendukung dasar luar yang teguh menyokong Komanwel dan menentang komunis. Selain itu, Malaysia turut giat menentang dasar aparteid yang menyaksikan Afrika Selatan meninggalkan Komanwel pada tahun 1961, serta menjadi ahli perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969, yang mana Tunku menjadi Setiausaha Agung pertama pada tahun 1971.


Dasar luar sejak 1969

Di bawah pimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn di bawah , Malaysia mengalihkan dasarnya ke arah pendirian berkecuali. Pada tahun 1971, ASEAN mengeluarkan Deklarasi Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (Zone of Peace, Freedom and Neutrality, ZOPFAN) yang berfahamanan berkecuali dan anti-nuklear. Malaysia menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan pada 1974 mengiktiraf Republik Rakyat China.
Peralihan dasar ini diteruskan dan dikukuhkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, yang mengetengahkan dasar regionalisme dan pro-Selatan dengan retorik yang adakalanya bernada anti-Barat. Beliau cuba menubuhkan sebuah Kumpulan Ekonomi Asia Timur sebagai alternatif kepada APEC, mengecualikan Australia, New Zealand dan benua Amerika. Sewaktu di bawah pimpinan beliau, Malaysia memeterai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan forum serantau ASEAN+3 bersama China, Jepun dan Korea Selatan. Beliau pernah berselisih dengan Perdana Menteri Australia Paul Keating, yang menyifatkan beliau sebagai “keras kepala” kerana enggan menyertai sidang kemuncak APEC di Seattle.
Malaysia memandang kerjasama serantau sebagai asas dasar luarnya. Malaysia menjadi pendukung utama bagi perluasan keanggotaan ASEAN agar menyertakan Laos, Vietnam, dan Myanmar, atas alasan bahawa “urusan membina” bersama ketiga-tiga negara ini, terutamanya Myanmar, akan memacu perubahan politik dan ekonomi. Malaysia juga menganggotai kumpulan ekonomi G-15 dan G-77.
Sungguhpun retorik Mahathir yang bernama anti-Barat, namun beliau bekerjasama rapat dengan negara Barat, serta melancarkan penentangan terhadap golongan pelampau Islam berikutan serangan 11 September 2001. Di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hubungan dengan negara Barat, terutamanya Australia, makin erat.
Keengganan Malaysia mengiktiraf Israel menjadi isu berikutan penyertaan Malaysia dalam angkatan pengamanan PBB berikutan krisis Israel-Lubnan 2006.

DASAR LUAR MALAYSIA


Dasar Luar Negara - Pengenalan



DASAR LUAR NEGARA
Definisi
Terdapat banyak definisi atau pendapat yang diutarakan oleh penulis berkenaan Dasar Luar Malaysia. Menurut Lew Hee Men, et al. (2005), Dasar Luar bermaksud “berbaik-baik dengan semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia”. Menurut beliau juga, dasar luar dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu Hubungan Bilateral (hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, dan Hubungan Multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan). Azizi Ahmad pula memberikan definisi dasar luar sebagai polisi menjalani perhubungan antarabangsa dengan negara lain. Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh pembuat dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan sesuatu masalah. Ia merupakan strategi atau tindakan menghapus, mengurang, mengekal atau memperluaskan kerjasama antara negara.
Selain itu, Mohd. Nor Mat Yazid (1994) pula menyatakan, “dasar luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara”. Akhir sekali, definisi yang dikeluarkan oleh OUM adalah, Dasar luar negera merangkumi matlamat, perancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara sehubungan dengan negara-negara lain. Dasar luar negera mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan diluar bidang kuasanya.
Berdasarkan kepada beberapa definisi yang dikemukan oleh penulis di atas, dapatlah saya rumuskan bahawa dasar luar merupakan satu dasar yang dirangka dan dilaksanakan oleh Malaysia bertujuan untuk mengadakan hubungan baik dengan negara-negara luar bagi tujuan mewujudkan dan mengekalkan keselamatan, kedamaian, keharmonian serta kesejahteraan dari aspek ekonomi, politik, sosial dan lain-lain isu yang mempunyai kepentingan-kepentingan bersama.
Menurut Azizi Ahmad, objektif utama dasar luar Malaysia adalah:
i. Pengiktirafan yang merujuk kepada keinginan sesebuah negara untuk diterima oleh negara lain sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat serta mempunyai sistem pentadbiran sendiri. Dasar luar ini perlu terkawal serta berjaya membawa pembangunan dan keamanan kepada rakyat.
ii. Keselamatan mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengiktirafan. Negara perlu wujud sebagai satu kesatuan. Sesebuah negara akan dapat mempertahankan diri dari ancaman luar pada bila-bila masa walaupun terpaksa melalui kekerasan atau peperangan.
iii. Menjalinkan kerjasama dua hala erat dikalangan negara jiran dan serantau serta meningkat kerjasama di kalangan negara lain yang mempunyai matlamat yang sama.
Lew Hee Man, et. Al (2005) pula menyenaraikan beberapa objektif dan matlamat dasar luar Malaysia, iaitu:
i. menjamin keselamatan rakyat dan negara;
ii. memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara;
iii. menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi; dan
iv. mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
Selain itu terdapat beberapa objektif dasar luar Malaysia, yang pernah dikemukakan, di antaranya ialah:
i. Kepentingan pengujudan kedamaian dan keharmonian adalah penting dan ini terpancar dalam dasar luar Malaysia yang merupakan kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan-kepentingan negara dan persekitaran.
ii. Kebanyakan pembentukan dasar luar Malaysia secara lazimnya berusaha keras bagimembantu perkembangan ekonomi dalam negeri dengan membawa masuk seberapa ramai pelabur-pelabur asing.
Meskipun terdapat sedikit perbezaan dari segi matlamat dan objektif yang dinyatakan oleh penulis di atas, kita dapat rumuskan bahawa objektif dasar luar yang paling utama adalah sama, iaitu ke arah menjaga kedamaian, keharmonian dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa seterusnya berusaha memakmurkan negara jiran.
2.0 PRINSIP ASAS DAN FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMBEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA
2.1 Prinsip-Prinsip Asas Pembentukan Dasar Luar Malaysia
Malaysia mempunyai beberapa prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan dalam membentuk dan melaksanakan dasar luarnya. Antara prinsip-prinsip yang diamalkan ialah, pertama, dasar luar Malaysia adalah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, terutamanya dalam konteks hubungan serantau. Dalam hal ini, Malaysia mendokong prinsip penyelesaian sengketa dan kewujudan bersama secara aman (non-confrontational). Prinsip ini terbukti dengan pendirian Malaysia untuk menjadi negara berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana negara lain dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. Sebagai contoh menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-Alligned Movment (NAM) pada tahun 1970.
malaysiaPrinsip yang kedua adalah kerana Malaysia sentiasa menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara serta terhindar daripada penindasan. Berdasarkan prinsip ini, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua masyarakat di dunia ini dapat hidup dengan aman dan harmoni serta terhindar daripada penindasan. Dalam hal ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D. Sebagai contoh, Malaysia telah menghantar tentera pendamai ke Congo, Afrika (Zaire) pada tahun 1960 bagi menamatkan perang saudara di sana . Malaysia juga memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77 untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara maju sahaja.
Ketiga, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara.
Keempat, Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998.
Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya.
Huraian yang diberikan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada prinsip yang dijadikan asas dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini kerana dasar luar tidak berbentuk statik. Ia sentiasa berubah mengikut dasar yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin semasa.

Sunday, March 18, 2012

Wasiat Rasululullah S.A.W kepada Saidina Ali


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda” :
  • “Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara’ yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur.”
  • “Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu.”
  • “Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi.”
  • “Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu.”
  • “Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu.”
  • “Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat.”
  • “Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!”
  • “Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.
  • “Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat.”
  • Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: “Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?
  • “Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau.”
  • “Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah.”
  • “Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah.”
  • “Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya.”
  • ” Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga di dunia;Ia akan cepat memusnahkan harta, ia akan melenyapkan kekayaan, ia akan menghapuskan rezeki. Adapun yang tiga di akhirat, ia akan membawa buruk perhitungan (hisab), ia akan membawa kemurkaan Allah swt. dan kekal di dalam neraka.”
  • “Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu.”
  • “Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat.”
  • “Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu.”
  • “Ya Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu, dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu.”
  • “Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan “si pendusta”, dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang “benar” (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan Iman.
  • “Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya.”
  • “Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar”.
( Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa’i )