Sunday, March 25, 2012

Jadual Kedua-Bahagian I


Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir sebelum Hari Malaysia.

JADUAL KEDUA
[Perkara 39]
BAHAGIAN I
[Perkara 14(1)(a)]
KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA
UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR
SEBELUM HARI MALAYSIA

1. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini dan kepada apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya sebelum Hari Malaysia, orang yang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, sama ada melalui kuat kuasa undang-undang atau selainya;
(b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka tetapi sebelum bulan Oktober 1962;
(c) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan selepas bulan September 1962, dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan, atau tiap-tiap orang yang pada masa di lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain;
(d) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan di bawah Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri;
(e) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara, jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu seorang warganegara, jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang telah dibenarkan atau dibenarkan oleh Persektuan dalam mana-mana hal tertentu atau, jika kelahiran itu berlaku di Singapura, Sarawak, Brunei atau Borneo Utara, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan.
(2) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa peranggan (b) atau (c) subseksyen (1) jika, pada masa dia lahir,
bapanya, yang bukan seorang warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan proses undang-undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa bedaulat yang diwatikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
2. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, seseorang yang biasanya bermastautin di Negeri Sabah atau Sarawak atau di Brunei pada Hari Malaysia ialah seorang warganegara melalui kuat kuasa undang-undang jika sebaik sebelum hari itu dia seorang warganegara United Kingdom dan Tanah-Tanah Jajahan, dan sama ada-
(a) telah lahir di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak; atau
(b) telah menjadi seorang warganegara sedemikian melalui pendaftaran di wilayah-wilayah aitu atau melalui atau berikutan dengan penaturalisasian di wilayah-wilayah itu.
____________________________________________
CATATAN
Jadual Kedua:
BAHAGIAN I
1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 24(1), berkuat kuasa dari 16-9-1963. Tajuk dipinda oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, dengan memotong perkataan "selain warganegara Singapura" yang terdapat di hujungnya.
2. Seksyen 2: Perkataan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" dan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
3. Lihat Bahagian III, seksyen 19A-19C.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - BAHAGIAN XV - PROSIDING TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN



Perkara 182. Mahkamah Khas.
----------------------------------------------

(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.



(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).



(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa khusus untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu negeri walau di mana-mana pun kuasa tindakan berbangkit.



(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunnyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletak hak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabar pendaftarannya di Kuala Lumpur.



(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan tatacara (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah undang-undang yang mengawal selia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan tatacara yang terpakai dalam mana-mana prosiding di dalam mana-mana mahkamah, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding di dalam Mahkamah Khas.



(6) Prosiding di dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoritu anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.



(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa jua pun kesulitan atau anomali dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam perlaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini; dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boeh membuat apa-apa jua pun pengubahsuaian, adaptasi, pengubahan, pertukaran atau pindaan kepada mana-mana undang-undang bertulis.


____________________________________________
CATATAN

Bahagian XV, Per. 182:
Ditambahkan oleh Akta A848, seksyen 7A, berkuat kuasa dari 30-3-1993.
Catatan:
Tiada apa-apa jua prosiding boleh dibawa didalam mana-mana mahkamah atau didalam Mahkamah Khas terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada olehnya sebelum permulaan kuat kuasa Akta perlembagaan (Pindaan) 1993-Lihat seksyen 8 Akta A848.
Per. 182:
Fasal (1): Perkataan "Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung" dan "Agung" digantikan dengan "Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan" dan "Persekutuan" oleh Akta A885, seksyen 42, berkuat kuasa dari 24-6-1994.
Fasal (4) dan (5): Perkataan "Agung" digantikan dengan perkataan "Persekutuan" oleh Akta A885, seksyen 42, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong





Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong



  1. Mana-mana daripada sembilan buah negeri beraja di Malaysia layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali jika:
    • baginda seorang remaja, atau
    • baginda telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda tidak mahu dipilih, atau
    • Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa baginda tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong disebabkan kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh sebab-sebab lain.
  2. Sebarang ketetapan tentang memilih Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diluluskan melainkan mendapat sokongan lima orang daripada sembilan anggota Majlis Raja-raja.
  3. Majlis Raja-raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada raja yang layak untuk dipilih, yang negeri baginda ialah negeri yang pertama dalam senarai pemilihan.
  4. Apabila raja yang ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong menerima jawatan itu, Majlis Raja-raja hendaklah mengisytiharkan itu sebagai dipilih.
  5. Kemudian, Penyimpan Mohon Besar Raja-raja, selaku Setiausaha Majlis Raja-raja, selaku Setiausaha Majlis Raja-raja hendaklah memberitahu keputusan itu secara bertulis kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  6. Yang di-Pertuan Agong mesti mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dihadapan Majlis Raja-raja dan Ketua Hakim Negara.
  7. Gelaran penuh Yang di-Pertuan Agong ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.



Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong

  1. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara dan merupakan raja berperlembagaan.
  2. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Sarawak, Melaka, Pulau Pinang dan negeri baginda.
  3. Yang di-Pertuan Agong lambang kedaulatan dan perpaduan negara.
  4. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong mengatasi semua orang dalam Persekutuan, iaitu keutamaan baginda mengatasi semua orang.
  5. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamh Khas Raja-raja.
  6. Kuasa Eksekutif negara adalah dalam tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan Kabinet.
  7. Yang di-Pertuan Agong ialah kompenan badan perundangan persekutuan tetapi baginda tidak mengambil bahagian dalam persidangannya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jadual Ketiga-Pemilihan Yang di-pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

JADUAL KETIGA
[Perkara 32 dan 33]
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan 
Timbalan Yang di-Pertuan Agong
BAHAGIAN I
PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG

1. (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika-
(a) Raja itu belum dewasa: atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau
(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.

(2) Sesuatu ketetapan di bawah seksyen ini tidak boleh diluluskan melainkan jika sekurang-kurangnya lima orang anggota Majlis itu telah mengundi menyokongnya.
2. Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang Negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan yang diperihalkan dalam seksyen 4 dan, jika Raja itu tidak menerima jawatan itu, menawarkan jawatan itu kepada Raja yang Negerinya ialah yang berikut selepas Negeri yang pertama dalam senarai itu, dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan itu.
3. Apabila Raja yang telah ditawarkan kepadanya jawatan Yang di-Pertuan Agong mengikut seksyen 2 menerima jawatan itu, Majlis Raja-Raja hendaklah mengisytiharkan Raja itu sebagai dipilih dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memberitahu keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada kedua-dua Majlis Parlimen.
4. (1). Senarai pemilihan itu-
(a) bagi maksud pemilihan pertama hendaklah suatu senarai yang memasukkan Negeri semua Raja mengikut susunan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja mengiktiraf keutamaan antara mereka sendiri ketika itu;
(b) bagi maksud pemilihan yang kemudiannya hendaklah senarai sebagaimana yang diubah mengikut subseksyen (2) sehingga senarai itu disusun semula di bawah subseksyen (3), dan kemudiannya senarai pemilihan itu hendaklah senarai yang disusun semula sedemikian, tetapi diubah, bagi maksud pemilihan seterusnya, megikut subseksyen (4).

(2) Senarai yang berkuat kuasa pada pemilihan pertama hendaklah diubah seperti yang berikut:

(a) selepas setiap pemilihan, mana-mana Negeri dalam senarai itu yang mendahului Negeri yang Rajanya telah dipilih hendaklah dipindahkan (mengikut susunan Negeri-Negeri yang ada dalam senarai ketika itu) ke hujung senarai tu, dan Negeri yang Rajanya telah dipilih itu hendaklah ditinggalkan;
(b) apabila ada sesuatu perubahan Raja sesuatu Negeri yang ada dalam senarai ketika itu, Negeri itu hendaklah dipindahkan ke hujung senarai itu (dan jika pada hari yang sama ada perubahan Raja bagi lebih daripada satu negeri yang sedemikian, Negeri-Negeri itu hendaklah dipindahkan sedemikian mengikut susunan yang ada dalam senarai ketika itu).

(3) Apabila tiada Negeri lagi berada dalam senarai itu sebagaimana yang diubah mengikut subseksyen (2), atau jika pada sesuatu pemilihan tiada Raja sesuatu Negeri dalam senarai itu layak dipilih atau menerima jawatan, senarai pemilihan itu hendaklah disusun semula supaya dimasukkan sekali lagi Negeri-Negeri bagi semua Raja, tetapi mengikut susunan yang berikut, iaitu, Negeri-Negeri yang Rajanya telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong mengikut susunan Raja-Rajanya telah memegang jawatan itu, dan yang lain-lain (jika ada) selepas Negeri-Negeri itu mengikut susunannya dalam senarai itu sebelum senarai itu disusun semula.
(4) Selepas setiap pemilihan yang diadakan mengikut senarai yang disusun semula itu, senarai itu hendaklah diubah seperti yang berikut:
(a) mana-mana Negeri dalam senarai itu yang mendahului Negeri yang Rajanya telah dipilih, hendaklah dipindahkan (mengikut susunan Negeri-Negeri itu dalam senarai ketika itu) ke hujung senarai itu; dan
(b) Negeri yang rajanya telah dipilih hendaklah kemudiannya diletakkan kemudian sekali.
BAHAGIAN II
PEMILIHAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

5. Seseorang Raja layak dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong melainkan jika-

(a) Raja itu tidak layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong; atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat untuk dipilih.
6. Majlis Raja-Raja tidak boleh memilih seorang Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa jawatan Yang di-Pertuan agong kosong.
7. Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, iaitu Raja yang pertama sekali berhak ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong apabila mangkat Yang di-Pertuan Agong yang akhir sekali dipilih dan, jika Raja itu tidak menerima jawatan itu, menawarkan jawatan itu kepada Raja yang kemudian selepasnya dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan itu.
BAHAGIAN III
PEMECATAN YANG DI-PERTUAN AGONG

8. Sesuatu ketetapan Majlis Raja-Raja untuk memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan tidak boleh diluluskan melainkan jika sekurang-kurangnya lima orang anggota Majlis itu telah mengundi menyokongnya.
BAHAGIAN IV
AM

9. (Dimansuhkan)
10. Dalam seksyen 4(3), ungkapan "Raja" termasuklah seseorang bekas Raja.
____________________________________________
CATATAN
Jadual Ketiga:
Lihat Per. 160(2) takrif "Raja".
Tajuk: Perkataan "Timbalan Kepala Umum Negara" digantikan dengan "Timbalan Yang di-Pertuan Agong" oleh Akta A354, seksyen 11, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
BAHAGIAN I
Seksyen 2: Lihat seksyen 3.

Jadual Ketiga, Bahagian II
Tajuk: Perkataan "TIMBALAN KEPALA UTAMA NEGARA" digantikan dengan "TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG" oleh Akta A354, seksyen 11, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
Seksyen 5, 6 dan 7: Perkataan "Timbalan Kepala Utama Negara" digantikan dengan "Timbalan Yang di-Pertuan Agong" oleh Akta A354, seksyen 11, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
Jadual Ketiga, Bahagian IV
Seksyen 9:
Seksyen ini yang berbunyi seperti berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:
"9. Suatu pilihan raya yang diadakan mengikut Jadual ini sebelum Hari Merdeka adalah sah dan hendaklah berkuat kuasa pada hari itu.".

Jabatan Perdana Menteri Dan Agensi-agensi Pusat





Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya

  1. Jabatan Perdana Menteri ialah jabatan yang paling penting antara semua kementerian dalam pentadbiran awam Kerajaan Persekutuan
  2. Jabatan Perdana Menteri Berfungsi seperti Pejabat Ketua Setiausaha Negeri atau Pejabat Ketua Menteri yang merupakan jabatan utama di peringkat negeri.
  3. Fungsi-fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut:
    • merancang, merumuskan, dan menyelaraskan segala dasar negara
    • menentukan pelaksanaan dasar negara oleh kementerian lain adalah cekap dan berkesan
    • mengurus Majlis Perancang Negara, Majlis Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, dan Majlis Khidmat Negara.



Agensi-Agensi Pusat

  1. Agensi-agensi pusat membantu perlaksanaan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
  2. Tugas utama agensi-agensi pusat adalah untuk membantu, menyelaraskan, dan mengawal kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.
  3. Pakar perunding dan pakar penyelidik menjalankan bidang tugas masing-masing dalam agensi-agensi pusat.
  4. Terdapat lima buah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri, iaitu:
    • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    • Unit Perancang Ekonomi (EPU)
    • Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
    • Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)
    • Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  • Perbendaharaan Malaysia, terletak di bawah Kementerian Kewangan.



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar kerajaan yang berkenaan dengan perkhidmatan awam.
  2. Fungsi-fungsi JPA adalah seperti berikut:
    • menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja kakitangan kerajaan
    • mewujudkan kekosongan jawatan kakitangan awam Persekutuan
    • menggubal gaji skim Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
    • membincangkan kenaikan gaji, elaun, dan pencen kakitangan kerajaan melalui wakil masing-masing.
    • berbincang dengan bahagian Perbendaharaan Malaysia tentang penambahan kakitangan kerajaan, kenaikan gaji, bonus, dan insentif
    • mengelolakan dan mentadbirkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
    • menyediakan kemudahan biasiswa dan hadiah latihan untuk kakitangan kerajaan melalui INTAN
    • memutuskan pertukaran dan penghantaran kakitangan kerajaan ke tempat atau jawatan yang sesuai



Unit Perancang Ekonomi (EPU)


Fungsi-fungsi EPU

  1. membantu kerajaan merancang ekonomi negara
  2. menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara, Jawantankuasa Perancang Pembangunan Negara, Jawantankuasa Pelaburan Antarabangsa
  3. membantu perancangan Rancangan Malaysia Lima Tahun untuk Kabinet
  4. mengkaji kejayaan yang telah dicapai sewaktu Rancangan-Rancangan Lima Tahun dilaksanakan.
  5. menyelaraskan dan memastikan badan-badan kerajaan melaksanakan projek-projek ekonomi yang telah diluluskan
  6. menasihati kerajaan tentang isu-isu ekonomi negara dan antarabangsa
  7. menjadi urus setia kepada Progran Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme - MTCP) untuk negara-negara sedang membangun



Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)



Fungsi-fungsi (ICU)


  1. Memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat yang diharapkan oleh kerajaan; misalnya Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, dan Dasar Pandang ke Timur
  2. Menyelaraskan usaha antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sewaktu melaksanakan program-program pembangunan
  3. Menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negara
  4. Mengawasi agensi-agensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS, PNS, HICOM, dan MISC supaya kegiatannya selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional
  5. Membantu kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian
  6. Melaksanakan tugas-tugas khas seperti:
    • menyediakan pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera
    • membasmikan kemiskinan relatif
    • menyusun semula masyarakat dengan meningkatkan keupayaan sektor swasta golongan bumiputera


Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)

Fungsi-fungsi SERU
  1. mengkaji kesan-kesan dasar kerajaan dan program-program pembangunan negara terhadap rakyat
  2. Mengkaji dan mendapatkan maklumat dan data untuk membolehkan kerajaan merangka program baru
  3. Menjalankan penyelidikan tentang pembangunan pertanian, pembangunan luar bandar, kemajuan perindustrian, dan kesan-kesan perbandaran terhadap sosioekonomi negara.
  4. Membekalkam maklumat sosioekonomi kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta badan-badan kerajaan yang lain untuk perancangan pembangunan negara

UnitPemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Fungsi-fungsi MAMPU

  1. Mencadangkan pembaharuan dalam cara-cara pengurusan pejabat-pejabat kerajaan
  2. Meningkatkan kecekapan di kalangan kakitangan kerajaan
  3. Memodenkan sistem pentadbiran awam dengan memperkenalkan penggunaan komputer   dan kaedah komunikasi moden seperti Internet
  4. Mengadakan Program Kualiti dan Produktiviti, Program Kerajaan Elektronik, Pembangunan MS ISO 9000, dan sebagainya
  5. Memberikan khidmat rundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan
Rujukan:
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I.Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor



Friday, March 23, 2012

Bab 6 : Sistem Kehakiman Malaysia



Place of Justice-Malaysia
1.   PENDAHULUAN.

1.1  Mahkamah di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
1.1.1        Mahkamah Awam
1.1.2        Mahkamah Khas (Raja-raja)
1.1.3        Mahkamah Syariah
1.1.4        Mahkamah-mahkamah Khas
1.1.5        Badan Pengadilan lain.
2.   MAHKAMAH AWAM

2.1  Mahkamah bersifat terbuka semasa perbicaraan – orang ramai boleh mendengar kes yang dibicarakan
2.2  Kuasa tertinggi dari segi perundangan sehingga boleh menjatuhkan hukuman mati
2.3  Hakim2 dilantik oleh YDPA atas masihat PM setelah berbincang dengan Majlis Raja-raja.
2.4  Dapat dibahagi kepada dua (2)  
·         Mahkamah Atasan
-          Mahkamah Persekutuan
-          Mahkamah Rayuan
-          Mahkamah Tinggi Semenanjung
-          Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
·         Mahkamah Rendah
-      Mahkamah Sesyen
-     Mahkamah Majistret Kelas I
-      Mahkamah Majistret Kelas II (Mahkamah Majistret Tuntutan Kecil)
-      Mahkamah Penghulu (di Semenanjung sahaja)
3.  MAHKAMAH KHAS (Raja-raja)

3.1 Hanya mengendalikan kesalahan yang dibuat oleh YDPA dan Sultan.
3.2 Penghakiman dilakukan secara tertutup
3.3 Pengadilan dilakukan oleh -   Ketua Hakim Negara
                                                  -   Hakim2 Besar Mahkamah Tinggi
  -  2 orang hakim Mahkamah Atasan yang dilantik oleh Majlis2 Raja2
4.   MAHKAMAH SYARIAH

4.1  Hanya membicarakan kes2 kesalahan yang melibatkan agama Islam sahaja.
4.2  Mahkamah terdiri daripada - Mahkamah Rendah Syariah
-    Mahkamah Tinggi Syariah
-    Mahkamah Rayuan Syariah
5.   MAHKAMAH-MAHKAMAH KHAS

5.1  Mahkamah yang membicarakan kes2 kesalahan melibatkan golongan tertentu sahaja.
5.2  Antara Mahkamah Khas ialah -    Mahkamah Kanak-kanak
-      Mahkamah Tentera
-       Mahkamah Bumuputera Sabah da Sarawak
-       Mahkamah Perusahaan
-       Mahkamah Buruh
6.   BADAN PENGADILAN LAIN.

6.1  Bertujuan untuk menjaga keadilan masyarakat
6.2    Antara badan pengadilan ialah  -           Pesuruhjaya Khas bagi Cukai Pendapatan
-                      Badan tatatertib Majlis Peguam
-                      Badan tatatertib Majlis Perubatan Malaysia
-                      Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
-                      Tribunal Pengguna
-                      Tribunal Perumahan.


Yang di-Pertua Dewan Rakyat


Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).
Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:-
  • bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin
  • memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan
  • membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
  • mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat

Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah menulis surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-
  • Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
  • berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih
  • beliau menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika hilang kelayakan menurut undang-undang
Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan persidangan.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA (tempoh 28 April 2008 hingga kini).

Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YB Dato' Haji Mohamad Noah bin Omar

11.09.1959 - 17.05.1964
 
YB Dato' Syed Esa bin Alwee

18.05.1964 - 24.11.1964
 
YB Tan Sri Dato' Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman
25.11.1964 - 03.11.1974
     

YB Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood

04.11.1974 - 19.12.1977
 
YB Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail

09.01.1978 - 16.03.1982 
 
Y. A. Bhg. Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail

14.06.1982 - 14.10.2004
     
 
YB Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin NgahTalib22.11.2004 - 27.04.2008
 

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia28.04.2008 - kini
  

PARLIMEN


Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.
Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-12, dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 April, 2008. Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikan Ramli Ngah Talib.



Parlimen Malaysia
Coat of arms of Malaysia.png
Jenis
JenisDwidewan
DewanDewan Rakyat
Dewan Negara
Kepimpinan
Yang di-Pertua Dewan RakyatPandikar Amin Mulia, Barisan Nasional - UMNO
sejak 28 April 2008
Presiden Dewan NegaraYB Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang, Barisan Nasional -UMNO
sejak 26 April 2010
Struktur
Ahli286 (222 Ahli Parlimen dan 64 Senator)
Pilihanraya
Tempat mesyuarat
MalaysianParliament.jpg
Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur,Malaysia
Tapak web
http://www.parlimen.gov.my/
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.
Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-12, dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 April, 2008. Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikanRamli Ngah Talib.


Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia